Google+ Followers

KORANG KAWAN AKU

Tuesday, June 23, 2009

::sabar itu separuh daripada iman::


Orang cakap selalunya kalau kita nak exam or final,
banyak sangat dugaan yang datang dan kita perlu tempuhi ia dengan penuh kesabaran




macam sekarang,
api tarak oiiiiii
api ade. letrik yang tade!

sekejap ade sekejap tade
dah baiki tengok tengok mampus balik.
berpuluh puluh kali dah ni.
ingat ni biskut chipsmore ke haa?



esok nak final.
power point and note sume lam laptop
hipotesis:
mampus laptop, tarak power point!

iyeee
ianya sememangnya menguji tahap keimanan, ketaqwaan dan ketinggian iman aku.
nurul farhanah, sile sabar ok!
baiklahh......


Sunday, June 21, 2009

::reading::

FINAL EXAM?
around da corner

again,
must read, read and read

the problem is,
nape susah sangat nak habiskan bace!
even 1 chapter sekalipun
selalu amik masa yang lama untuk membaca
*kerana membaca setiap patah perkataan?*



camne ek?
final stat 24hb
korang ade tips tak.? nak bace dengan cepat tapi boleh ingat dan masuk

wahai nuyu!
u must go on. get strong and keep it up.

haishhh
okey, read on


::ini hari abah::


Encik Mohd Yusof bin Othman
ini anakmu, Nurul Farhanah binti Mohd Yusof
yang terkenal dengan banyak karenah dan perangai,
ingin mengucapkan selamat hari abah buat abah
semoga panjang umur dan murah rezeki
*cam birthday wishes lak*


terima kasih sebab jaga akak dari kecik
terima kasih sebab selalu rotan akak *tiap tiap hari lak tu*
terima kasih sebab selalu basuh baju akak *sampai skang pun*
terima kasih sebab selalu sapu dan kemas bilik akak
terima kasih sebab selalu dengar akak marah marah
terima kasih sebab selalu layan akak merajuk *ayat selalu abah: ni anak abah umo 3 bulan :p*
terima kasih sebab selalu bawak akak pegi jalan jalan
terima kasih sebab selalu jadi bank dunia akak
terima kasih sebab selalu bawak akak kuar makan *nanti balik umah kite g makan tomyam eh*

terima kasih buat segalanyaa.......


bila abah berleter:
"abah ni selalu bebel. darah tinggi kang"


bila abah pesan suh belajar:
"iyeeee...akak tau la."


bila abah suh belanja :p
"takde duit..abah la belanja" *iye, aku jahat!*


abah suka makan kopok. dan bila abah suh goreng:
"alaa, nanti la." *petang baru aku masak*



dan yang paling aku tak boleh lupa bila abah mula perasan.
"ohh, hensem abah"
"kak, amik la gambar abah"
"tu umah gewe lama abah"
"kem slm kat makwe makwe abah"
"abah dulu ramai peminat"

adoyaiiii...adakah aku mewarisi sikap babah??
hahaha..sememangnya aku jahat!
oh ohh..tidak

send to abah:
Selamat hari bapa (^^)v

received from abah:
Salam. Tq dari abah. study rajin2 agar dapat pointer yang tinggi. agar jadi student yang cemerlang dan senang dapat kerja apabila tamat belajar nanti.

tulah abah..tak pernah lekang ayat die, "belajar rajin rajin"
tapi akak selalu main *mengapakah?*


hadiah untuk abah:
akak akan pastikan kejayaan ini milikmu
insyaAllah

luv u foreva n eva

p/s:
hari ini akak ingin mengatakan yang abah sememangnya hensem. patut la anak die ni lawa *warisi sikap abah?*


Saturday, June 20, 2009

::sengal menyengal::


korang penah hilang kad bank tak?

aku tak penah hilang..tapi hampir hampir hilang ade la
semalam,
pae a.k.a roomate ajak pergi bayar yuran short sem
dengan tak semena semena aku terpaksa bawak moto
hohoo..scary :p

aku bukan la pemandu haram. lesen dah ade.
tapi tak bape pandai oh


nak dijadikan cerita, kad bank islam aku hilang.
cari punya cari still tak jumpa.

geledah loker, beg, angkat katil, laci, celah buku...

waaa..debar tahap bewok dah ni.

camne kalau betul betul hilang?

camne kalau ade orang jumpa?

camne kalau ade orang godam?
camne kalau ade orang amik duit?

camne kalau tetibe aku tengok bank: baki anda ialah 0.00 sen!
dah la duit biasiswa sem depan punya da masuk

arghhh..shit!


pae: takpe la, guna duit pae dulu.
pae: nanti kita balik, cari balik semula.
oh, sebelum tu,
pae senanye nak guna duit aku dulu. disebabkan benda alah ni hilang aku lak yang guna duit pae..hihii

sebelum keluar dari bilik,
doa menaiki kenderaan: bismillahirrohma nirrohim....amin!

aku pun bawak la dengan suka hati + penuh debaran

nak dijadikan cerita..masa tengah jalan tu,




*ini ayat pae*:
dah la drebar bru dpt lesen.
walaupon aku da lma x bwk moto,
tapi aku rasa konsep moto ni sme je ng kete.
time slow, kena guna gear rendah
nak corner ke, baru lepas bonggol ke etc..
tapi minah nie
*aku la tu*,
gear 3 je memanjang.
blom start moto da psang gear 3.
pastu gelabah lagi, nape moto xleh gerak.
cmne nk gerak sayang oiii, matikan gear tu dlu

masa nak lintas jalan pny la lma..
al maklum laa..drebar baru.
yang xtahan nya, sbelum nek moto,
nuyu pesan awal2 lagi,klu ada pe2 jadi,sorry yea..
xpe2, pae
mengucap da sbelum nek moto tu..kui3

hahaha.. cengkodok ayam betul!
takpe takpe, masa ni tak pandai lagi..
nanti tengokla, siap masuk formula 1 ni!

haha :p


pasal kad bank tu,
malam terus geledah cari
. dannn.....
yeay! da jumpa!!!! hahaha..
die terselit dekat kertas di celah baju

lain kali aku nak letak cip kat kad tu
.
kalau hilang lagi, bole miscall je

kesan dari kad bank hilang tu,

aku dapat panggilan baru dari minah pae nih,

LOKLAK, LALOK, LAGHA, TERBOLAH

sekiann..
p/s:
kalau kad bank hilang pastu kita renew,
die tuka no akaun tak?
kira die blok la kad dulu kan?
password bole same dengan kad dulu tak?


Wednesday, June 17, 2009

::ESAIMEN,QUIZ,TEST,PRESENT


waduh waduh kok

udah mampir 3 hari ngak ngepost
gimana dong? bisa gawat gini..
hohoo *kalau salah ayat buat tak tau je k*


pertukaran bahasa, TRANSFORM! *otomen*
hehe..banyak sangat kerja skang ni.
dengan esaimen nya, quiz la, test dan presentation.
bertubi-tubi..

dan esok sepatutnya takde kelas..
tapi sebab nak habiskan presentation,*ekonomi islam*
maka, dengan ini anak bulan telah kelihatan
wahahaha :))

takde la, esok sebulat suara cakap nak buat kelas..



kumpulan aku first present sok..
tajuk kad kredit menurut islam.
haaa, sape guna kad kredit kat sini??????


baiklah anak-anak,
kad kredit menurut islam ini sebenarnya HARUS,

tetapi disebabkan cara pembayaran yang mempunyai tambahan (RIBA)

maka, hukumnya akan jatuh kepada HARAM!

haram ye anak-anak...HARAMMMMMMM


dan kalau korang nak guna kad kredit jugak,

molek lah kiranya menggunakan islamic punya kad kredit.

sekarang kan dah banyak kad kredit islam yang dikeluarkan..

lagipun, banyak keistimewaan kad kredit islam berbanding konvensional.

okey, setakat itu saja tuk hari ni.

nak prepare lak. berdebor je esok..

tapi sukeee :)


Sunday, June 14, 2009

::ekonomi islam::

esok
TEST
ekonomi islam
cayok cayok
(^^)v



bermain bersama 'ibu terbang'
:)


p/s:
abaikan tulisan cakar ayam itu
hehee


Friday, June 12, 2009

::PARKINSON::


baru balik meronggeng sama itu kuda

pagi pergi
tengahari balik
petang pergi
senja balik
*oh anak dara tak baik balik lewat tau*

pagi angkat pasir, jadi buruh kontraktor sementara
penat oh!
tangan jadik parkinson
suh pencen dari parkinson,
tanak!
bergegar dan berketar..hoho


*tangan pae pon sibuk nak masuk :p*

tengahari mandikan kuda..*yipee :)*

petang,
meronggeng ke teluk ketapang
susah mau kawal itu kuda
die excited weh ramai orang!
siap pasang pasang lagu lagi..nak menari ke?
balik stable main lagi
hadoiii la

turun dari kuda,
hambik ko..gile lembik lutut!
pagi tangan parkinson, petang lutut parkinson



oh lupe.
ini kasut sudah lama tidak basuh *kuda punya*
itu seluar sedikit lama..*bukan pengotor weh*
malas sket nak basuh..takot tak sempat kering nak guna esok hari..lalala~


Thursday, June 11, 2009

::terbayang ia::

Bila kita tengok cite seram
cite han tut tut,MySpace
kita akan menjadi takot..hoho

dan ketika itu,
jalan sorang sorang tengok kiri kanan.
pergi tandas pandang atas bawah.
balik dari tandas cepat cepat berlari masuk bilik
*berlari itu bagi mereka yang tinggal di hostel ye*

masa nak tido pulak terbayang bayang*seram oh*
ada ketika sampai mimpi mimpi
konon kena kejar ngan han** la,
termimpi cite die la..


hambek ko.
penangan tengok cite seram..huhu

baiklah,
perlu membaca ayat kursi dan selawat sebelum tido yea :)
mudah mudahan terhindar dari segala gangguan
AMIN..



p/s:
cam takot je nak sebut perkataan han tut tut malam malam ni..
sebab itu ia di ** kan..hihi :p