KORANG KAWAN AKU

Sunday, November 20, 2011

::Pengaruh MASTERCHEF::



Aku rasa sejak masterchef ni ditayangkan, tiap tiap malam TV dekat rumah aku memang pasang astro RIA je.
Pukul 9 je RIA. Asal sebut 9 malam je RIA..Riang ria pukul 9.



Sampaikan bila sampai hari rabu, cerita cinta elysa aku tu akan terpaksa berebut dengat masterchef..Bila iklan 'MC' baru la aku bole tengok cinta elysa..Tapi takpe la, sebab aku pun memang suka tengok program ni.
"Maafkan aku botak kerana terpaksa katakan ini"



Dan disebabkan tiap tiap malam tu la MC dah bawak pengaruh dalam kehidupan aku dan keluarga aku.
Ok sebagai contoh,



1) Masa mak aku tengah masak, adik aku akan cakap,
- "Apa sudah jadi ! saya tengok apa pun tak siap lagi"
- "Umi hanya tinggal 5 minit saja lagi. cepat cepat" 
*die cakap cenggini sebab die tak tahan lapar nak makan..sebab tu masa adalah singkat*

(konon bajet nak tiru gaya cakap chef RIZ tu la.)

*budak mengomen..haha*


2) Bila masing2 mula rasa makanan, ada yang berbunyi:
- "Saya rasa masakan ini terlalu pedas. Kurangkan pedas ni"
- "Letak garam sikit"

(Hai, banyak pulak bunyi komen sekarang ni..dulu semua ok je)


3) "Sudah ! masa dah habis..berhenti memasak sekarang"
"Anda boleh balik ke tempat anda."


4) Bila ada yang tak kena je, jadi la cenggini;
- "Umi, anda tersingkir dari program ini"

dan mak aku akan menjawab,
- "Yeayy, saya setuju chef ! saya dah tak payah masak lagi"



Adehhh, ye itu memang antara pengaruh program masterchef. 
hahaha.

Tapi aku memang suka sebab dia menaikkan semangat untuk memasak dengan lebih sedap ataupun bagi yang tak bape pandai macam aku ni, dia memberi inspirasi untuk belajar memasak..hehe :p



Till then,
take care 
:)


0 omongan ;):