KORANG KAWAN AKU

Saturday, August 27, 2011

::PRAKTIKAL DI WAD ORANG GILA::


Assalamualaikum


Pagi tadi aku borak borak la dengan adik aku si Inan tu.

Then dia cerita pasal tempat praktikal dia. Ouh ye, inan amik nursing so dorang selalu kena pergi praktikal. Tapi kali ni yang menariknya sebab dia kena praktikal dekat tempat orang gila. hehehe

*Adik nursing, abang doktor. Aku akaun. sesat*


I: Dorang ni comel tau !
N: Oh yeke..tapi macam best kan kalau jaga orang macam ni. Eh, dorang ni mengaku tak yang dorang ni gila?
I: Dorang ni macam ni tau, kalau dorang tengah SIHAT, dorang tak mengaku yang dorang ni gila. tapiiiii, kalau dorang tengah ok je lepas tu dorang rasa macam NAK JADI GILA, dorang akan cakap, "Aku nok jadi gila doh ni ! aku nok naik gila" *praktikal dekat kelantan sebab tu bahasa begitu k*


***


N: Dorang ni agresif tak?
I: Ok je, tiap tiap pagi selalu kitorang buat erobik ramai ramai..hehe
N: Ohh
I: Tapi kan, yang perempuan lagi agresif tau. ada tu sampai goncang pintu dorang lepas tu jerit "Tesco tecso"


I: Ade tu masa doktor nak buat terapi eletrik, orang lain lepas bagi bius ape semua, dorang tak sedar dah. Tapi ada sorang ni, dia macam aktif sikit la. masa doktor nak bagi eletrik tetiba dia sedar. Habis eletrik terkena dia masa dia sedar..Doktor pun naik pelik..haha


***

I: Ade jugak yang macam patriotik. Mula mula nangis lepas tu angkat tangan. MERDEKAAA !
N: Haha..mesti dia patriotik tu. *Dorang pun tau patriotik..kita ada?*
I:
Ade tu siap nak tulis surat dekat Dato Najib. Aku baca la surat tu.




N: Dia cakap apa?
I: Pasal Negeri Selangor..bla blaaa..pastu dia cakap 'hapuskan rokok dekat selangor' haha


***

I: Tapi dorang sangat baik sesama geng dorang. Selalu geng dorang yang saling tolong kalau ada sorang nak naik gila.




P/S:
Banyak lagi cerita sampai aku pun tak ingat da..hehe. tapi mereka memang sangat kelaka.
Macam macam perangai ada :))






Tuesday, August 23, 2011

:: Quote 1::










'Cintai seseorang, tapi telah dilupakan'
Saya faham macam mana perasaan tu.


(Quote: Cerita tv7 tadi)




Thursday, August 18, 2011

::BIL API + RUMAH SEWA::

A - Abah
N - Nuyu


KISAH 1 ; Bil Letrik Rumah Aku.


N: Bah, mana bil letrik bulan ni?
A: Kenapa pulak?
N: Saja nak tengok. sebab hari tu nampak bil air je. letrik takde pulak
A: Ohh, abah da bayar dah.
N: Yeke? banyak tak bil bulan ni? *muka dah cuak*
A: Banyak..naik. selalu dalam RM 70 lebih. ni naik pulak.
N: Sebab akak ke? haha
A: Yela, akak selalu je bukak ngadap laptop. malam lagi. siang lagi.
N: Hahaha..ape pulak sebab akak? mana ade mana ade. ni mesti sebab bayar mahal kes peti sejuk ni *tanak ngaku kan pastu salahkan peti ais pulak*
A: Eh takde. sebelum ni biasa je. nanti kalau akak dah keje, akak la pulak bayar. hehe
N: Haaa? eh akak banyak tanggungan ni..hahaha
A: Haha..ye laaa



******************************************



KISAH 2 ; Rumah Sewa


N: Bah, kawan akak cakap dia pun nak cari rumah sewa kat Shah Alam sebab dia nanti nak kerja situ.
A: Oh, bagus la tu. tapi kawan abah cakap situ sewa rumah mahal.
N: Eh takde la..ade je ramai student Shah Alam sewa rumah area situ.
A: ...............
N: Ade lagi kawan akak 4 orang. budak universiti.
A: Dah tu takpe la. tapi jangan la sewa lagi.
N: Kenapa pulak?
A: Akak tanak duk sini ke?
N: Haaa??
A: Duduk sini la..duduk kat rumah.
N: Nakkkk
A: ................ *keluar bilik*



Oh lupa, abah masih ingat aku ni anaknya yang berumur 3 bulan =p




::RIDER::


Seriously,
Tetibe rasa rindu gile nak naik kuda macam dulu.
arghh..rider rider !




hey, kuda.
saya rindu awak k :'(




Monday, August 15, 2011

::KEK COKLAT SAYA::



Assalamualaikum.

Disebabkan aku duduk rumah tak tau nak buat ape, so aku ingat nak la buat sesuatu yang 'macam' besttt. Makanya bangun pagi tadi dengan bersemangat waja terus aku siap nak buat kek. Takde la kek yang power power sangat. Setakat Moist Chocolate je..hehe





Adik beradik aku selalu cakap:

"Eh akak reti ke masak?"
"Akak nak buat kek? hahaha"

Ok fine. boleh pulak korang gelakkan aku kan. Ingat tak pandai ke haa?? saje je malas tunjuk kat dorang tu.




*Ok, agak sedikit comot..hehe*




*Insan kesayangan dalam hidup aku*


dan akhirnya,

.
.
.
.
.
.
.
.


TADAaaaa !!









Hehe..dah siap da pun. Bakal jadi santapan berbuka nanti. Buat PP, kak ma yang ade dekat mesir tu, nanan yang ade dekat kelantan, so amacam? Percayaaa? haha..korang tengok dari jauh je k :))




P/S:
SELAMAT BERBUKA PUASA




Friday, August 12, 2011

::NO TITLE::



This
is VERY ridiculous


Please Wake Up
!

:'( tskkk






Saturday, August 6, 2011

::MENUJU DESTINASI::







Dan bila nama itu memanggil,
aku datang.
Melangkah tanpa henti.
Penat? Ah..tidak !

Persetankan mata memandang. senyuman sinis.
Asalkan aku sampai destinasi,
Aku puas !





Wednesday, August 3, 2011

::ERKK::


Kenapa hari lain aku tengok gamba ni rasa biasa je tapi bila sampai bulan puasa ni rasa semacam? hahaha



Lokasi: Gunung Nuang.
*kejadian bukan semasa bulan puasa ok* :p



P/S:
Tadi maxis da call suruh bayar berukband. dugaan ramadhan betul

Tuesday, August 2, 2011

::TULISSSSSS::

Iye, sama seperti tajuk entry di atas, TULIS.
Ade orang tanya aku,

" Nuyu tak tulis blog lagi ke? Tulis lah. Saya suka je bace."

Makanya di sini,

TULISSSSSSSSSSSS !

Dah siap da. Amik syarat je..hahaha.
Oke2, baiklah. nanti saya hapdet yep. Tunggu nak siapkan buat report nak kena hantar ni haaa..hehe


P/S:
Selamat berpuasa bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas..InsyaAllah :)