Google+ Followers

KORANG KAWAN AKU

Friday, September 30, 2011

::JOGGING SAMPAI LEBAM::



Assalamualaikum.

Pagi tadi aku bangun awal dengan semangat yang waja sebab nak pergi jogging.
Tak jauh pun. Kat tasik titiwangsa tepi rumah aku ni je.


Kali ni pergi dengan abah. dan biasanya abah akan jogging sampai 3 pusingan lepas tu bersenam sikit dan barulah balik.
Aku pulak, hehee...... :p


N: Bah, kalau ikut satu pusingan ni berapa kilo?
(kilometer ! bukan kilo jual ikan)
A: Dalam 2.4 km
N: Abah nak buat 3 round la ni?
A: A'aa, macam biasa. Akak?
N: Akak rasa nak buat 1 pusingan je. sebab lepas tu nak pergi jalan kat dalam ni pulak.
A: Sikit sangat tu.
N: Alaa.., biasanya lepas lari 1 pusingan akak dah penat lepas tu rasa macam malas nak ulang dah.
A: Ni la dia, ketahanan mental lemah ! Tak bersemangat !
N: Eh ape pulak..
*hambik ko, sebijik kena atas muka ! hahaha*



Lepas kena sebijik atas muka tu aku cuba la cabar diri aku untuk lebih dari 1 pusingan.
Awal awal ingat nak lari terus..tapi abah suruh jalan je. Jalan pun dengan kadar yang laju la.
Tapiiiiii,
even jalan laju pun aku tetap kena tinggal kat belakang.
Makin lama makin jauh..cehhh
*Adakah golongan umur sebegini memang jalan cepat atau mereka punyai kaki yang panjang atau aku sebenarnya yang tak layak untuk masuk sukan komenwel dalam acara 'lumba jalan kaki'?? grrr..*



Masuk round ke-2 aku dah start lari.

N: Babai bah, akak lari dulu. Apa apa tepon.
*bajet power sebab boleh pecut abah*

 .
.
.
.

And finally, 
I've made it !
2.4km tanpa henti !
Peduli la korang nak cakap "2.4km je pun..aku boleh buat lebih tak kecoh pun.."
Yang penting aku berjaya cabar diri aku sebab dah lama tak lari..haha
*hidung harusla kembangkempis*


Tapiiiiiiiiiiii
yang tak bestnya,
lepas je berhenti lari tuuuuuu, Ya Allah tuhan je la yang tau.
Serius tak nampak ape. 
Kepala dah pusing, pandangan da berbalam balam je, nak bernafas pun susah. nak pengsan !
Cepat cepat tarik nafas..pun tak jadi jugak. serius nak jatuh.
Jalan cepat cepat.
Cari port yang ada makcik makcik sebab kalau aku pengsan abah tak jumpa cari, makcik tu ade untuk perasan.
Pegang tiang.
Jatuh.


Selang berapa minit lepas tu aku nampak abah. Syukur gila rasa masa tu..Alhamdulillah.
Jerit panggil abah. tapi abah tak dengar. Aku nak jerit pun tak larat.
Usaha bangun cepat cepat.
Then abah perasan.
Mintak kunci kereta sebab nak rehat.



Tapi takde la rehat sangat pun lepas tu.
Duduk sorang sorang tengok orang jalan sambil kadangkala ditegur oleh pakcik pakcik dan kaum remaja.
hehe :p


Alkisah disebalik tu, 
masa tengah lari tu pun aku dah rasa kaki macam sakit je, dan ada penat sikit.
Tapi berkeras tak nak berhenti.


Ok dah. tu je kali ni. aku tengah penat.


..............................

*titiwangsa* ;









(Best picture yang sempat tangkap untuk hari ni)



(abah)







P/S:
Mesej yang nak dihantar pada sorang kawan masa berhenti lari tu..Tapi tak terhantar sebab tak larat.
"Yes, 2.4km tanpa henti..Aaaa ya Allah, skarang rasa nak pengsan"

Thursday, September 29, 2011

::LOVE::



Enough said,

I have them.










Adik Beradik FC.
Thanks
:)



Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

::27 SEPT::




Sekarang,
ada kerja baru.
*dua hari berturut*

Jadi peneman orang buat 'kerja'.
Tetiba rasa nak belajar balik la.
Oh master.


 *Ambik kau. betapa dasyat lecturer aku mengajar. tahap PHD ni*




Sunday, September 25, 2011

::INI UJIAN::



Bila aku SAKIT,
Aku tau yang aku sedang diuji.

Bila aku SEDIH,
Pun aku tau yang aku sedang diuji.

Dan walaupun aku tengah GEMBIRA dan BAHAGIA,
Aku tetap rasa aku sedang diuji.


Ye la, mungkin DIA nak tengok sejauh mana aku tetap bersyukur kepadaNYA dengan segala nikmat yang telah diberikan. 



Kesimpulannya,
Allah sentiasa menguji kita sebagai HambaNYA.
Sebab?
Sebab Allah sayang kita la.
Perasan tak, kalau kita sedih, sakit ke ape, masa tu baru kita nak ingat Allah.
Kalau tak, mesti kita asyik leka je kan.


Tapi yang penting,
Jangan cepat melenting atau mengeluh.
Kenapa?
Sebabbbb.....
Allah tak kan uji kita sekiranya kita tak mampu hadapi sesuatu ujian tu :)


Haaa,
Tu menunjukkan yang kita ni kuat ! Kan kan.
Sebab tu Allah uji kita. ok?
Chill ^^





P/S:
Terima Kasih, ALLAH



Saturday, September 24, 2011

::DOA-1::


Assalamualaikum.


Bismillahirrahmanirrahim,





Amin.
:)

Friday, September 23, 2011

::MASUK BERITA? HAHA::



Firstly,


*Find me? 
Clue: Yang paling depan dan beriya sekali..haha*

.......


Semalam keluar sekejap dan balik malam.
So bila sampai rumah dan otak pun dah 'penat', duduk je kat katil opkos la terus sampai ke bulan.
*sory untuk sesape yang mesej semalam tapi aku tak reply*


Pagi ni bila bangun tido, 
on laptop,
online.
Bukak je muka buku,

terus la nampak benda ni,

*Klik untuk tumbesaran*


Haha,
Ok. memang diakui. Gambar tu jelas menunjukkan aku memang bersemangat dan mencapub sebab dah la depan sekali, lepas tu siap angkat dua belah tangan lagi.


Alkisahnya sebelum tu aku + budak kelas aku yang lain duduk sebelah lain. Tapi bila kitorang dengar je geng yang 'hook' biru tu sebut, 
"Eh, gambar berita !",

Apa lagi, terus la kitorang berlari dengan kuasa kuda dan cepat cepat menyelit duduk depan sekali tanpa menghiraukan sape yang ada kat belakang..Tak kisah la, janji masuk muka dalam tu..haha
*terlalu beriya..cehh*


*Atas: gambar classmate aku yang lain. tapi aku takde la*


Dah, tu je kali ni.
okbai
:)




P/S:
Act berita ni main point dia mengenai prasarana yang
sedang giat dibangunkan di dalam UniSZA. Tak sempat aku nak merasa lebih.



Wednesday, September 21, 2011

::TIMMY TIME::



Sekarang ada satu lagi kartun yang aku rasa best untuk aku layan.
"TIMMY TIME"





Kartun ni mengisahkan gelagat sekumpulan anak binatang yang pergi sekolah. Ada burung hantu, kucing, itik, anak kambing biri biri. Serius comel ! haha



Adik aku selalu cakap,
"Akak ni nanti takpe la, kalau ada anak tak payah susah nak berebut tengok TV. Semua tengok kartun"
*Habis la laki aku nanti..padan muka ! haha*



Tak kisah la orang nak cakap macam budak budak ke hape. Yang penting aku suka tengok dan tak kacau orang.



*bole stop muzik belah kanan tu kalau nak play vd..trimas.*



*********************


Oh ye, 
Again.
Lagi gambar comel by Hafiz Dahlan
:)










Tuesday, September 20, 2011

::ENTAH::


Umi:
Semangat nak mintak tukar balik kerja Terengganu.
Dah penat kerja KL katanya.


Abah:
Baru naik pangkat *alhamdulillah*. Tapi, masih menunggu status kot kot kena tukar pergi mana mana. abah mintak kekal sini. Tapi entah la. Doa je...


Aku + adik:
Nak stay KL.


Abah cakap:
"Takpe la, akak duduk je la kat KL. Rumah kan ada."
Memang la rumah ade. Tapi...........


"Umi nak tukar sebab dia dah penat. kalau kerja kampung rilex sikit. Takpe la, lepas tu tukar balik KL semula"


entah la....




Friday, September 16, 2011

::16 SEPT::


Esok:

"Menjunjung Kasih Tuanku"






'Semoga dipermudahkan segala urusan.'

InsyaAllah..
Amin.
:)



Thursday, September 15, 2011

::PRE CONVO::




Dah sampai Terengganu.
Alhamdulillah..


 Malam semalam sampai la pagi tadi sakit kepala. dalam bas pun tak berapa nak boleh tidur. sangatttt sejuk !
Makanya bila dah sampai stesen bas, mengantuk pun dah tak boleh tahan,
Jadilah homeless..haha


 
 *Yang sebelah tu tak tahu sape*


 Jubah konvo da amik.
Mula mula masa daftar amik saiz S. Tapi disebabkan ade kesilapan teknikal yang boleh membuatkan hati meronta ronta, aku kena amik saiz L..cehh.


Tapi selamat la ade sorang kawan aku ni die kira tinggi sikit. So bila amik saiz S, jadi la singkat yang amat. 
Sekarang, aku dapat saiz S, dia amik saiz L..hehe


Kejap lagi pukul 2 ada raptai..lepas tu amik gambar pre-convo. yeayyy !
:)


*Muka mintak penampar*



P/S:
Jumpa ramaiiiiiii kawan..hehe




Tuesday, September 13, 2011

...




Rasa 'macam macam'
Nak marah, nak merajuk dengan sebab yang tak boleh diceritakan. 
Tapi bila balik rumah, 
masuk je bilik dan nampak 'kad' tu,

 
jadi kurang.


Tarik nafassssss 

 
*Gemok gila*



P/S:
Aku rasa blog ni makin lama makin entah pape.
makin mengarut pun ade.






KAWAN- 1



Ada sorang kawan namanya Salim.
Beliau seorang yang pemalu, tapi dengan perempuan je kot
*aku harap aku boleh hilangkan malu die tu..haha*


Salim cakap,
- Aku kena makan 'ubat'
- Kena berdikari sebab aku dah tua.
- Aku balik rumah bukan buat ape pun, online 24 jam.
- Nak kerja tapi malas.


Haha..ape ape je la.
Tapi yang penting, terima kasih sebab teman aku tunggu komuter tadi.
Aku bukannya tak reti naik komuter..reti je.
Cuma aku tak tau bape lama masa perjalanan *nak bajet masa sampai rumah* + aku tak tau yang aku kena tunggu kat seberang komuter tu ke atau tak payah naik jejantas tu..hehe



P/S:
Thanks untuk Balap jugak sebab teman same..*mula mula aku ingat balapan ke ape..hehe*

Friday, September 9, 2011

;;KAD RAYA::


Tengahari,
tengah kemas barang.
abah balik kerja.


ABAH: Kak, ni ada kad kawan awok kahwin ni.
*dapat 2 kad sekaligus. ye, dorang sume ramai yang nak kawen.*


Tengok tengok je kad dah terbukak.


N: Ala, nape abah bukak surat akak?
ABAH: Abah ingat ni surat abah. sebab alamat dekat abah. tak perasan nama akak atas tu.
N: Alaaa...


Baru je nak blah masuk bilik, terperasan ade lagi 1 kad atas meja.


N: Eh, ni akak punya jugak ni. *ini kad memang aku tunggu tunggu*
ABAH: Ye la, akak punya jugak tu.


Tapi yang ni tak terbukak. sebab clear nama aku kat sampul surat..hehe.


Tadaaaaa !



Dapat kad raya yang sangat sangatttt comel..haha



* Siap ade kambing. tapi tulisan tu cakap, "sebenarnya nak letak gambar itik"..ceh. haha*





*C, kan da cakap. sangat comel !*



Hahaha.
Thanks kepada penghantar.
^^v




Thursday, September 8, 2011

::FIKIR::

Ada sesuatu sedang bermain dalam fikiran aku
dan ia membuatkan aku berfikir.
Pelik. 'benda' yang jadi tu,
sebab aku ke?


Kenapa tetiba rasa bersalah?
Walapun aku rasa takde buat salah.
Iye, mungkin ada. Yang mana aku tak tau.
Tapiii.........




P/S:
Jangan tanya. sebab aku malas nak cerita.




::MELANTAK::

11.00 pm
Lapar gile.
TERtidur.


1.23 am
TERsedar.
Fuad: Kak, nak kuewtiaw tak tu?
Tengok tengok ada kuewtiaw goreng.
Ok, sedang makan.



P/S:
Pepagi buta melantak. bagus ! dah lama tak buat
sejak habis final UniSZA hari tu.


Wednesday, September 7, 2011



Mari sama sama baca.
Semoga hidup lebih diberkati oleh Allah S.W.T





Amin.
:)


Saturday, September 3, 2011

::NURSING VS ACCOUNTING::

Duduk dalam bilik.
Fuad masuk *adik*


F: Kak, download lagu ni. bla bla....
N: *Download dengan semangatnya.*


F: Kak, aku bukan nak cakap ape. tapi nanan *adik pompuan aku* pandai mekap kan?
N: Yela, sebab dia kan nursing. Kena la tau sikit. Tak kan nak rawat pesakit dengan muka lesu 'toye' je.
F: Dia kiranya macam Kak Ja kan *kakak sepupu aku*
N: A'aa..kak ja pun nursing jugak.


F: Lepas tu kan kak, kalau orang akaun pulak cepat mati.
N: Haaa? apesal pulak??
F: Yela, sebab bunuh diri.
N: Hahaha..pandai pandai je




P/S:
Ade ke boleh dia cakap orang akaun mati cepat sebab bunuh diri. Konon bankrupt ke ape..haha.
First time aku dengar cani. Tersentap mak nak aku selaku budak akaun ni.


::SEMALAM AKU RASA SESUATU::


Semalam,
duduk saje
menghadap laptop.
dengar lagu.


Tiba tiba air mata mengalir
eh kenapa?
serius tak sedar.


Ketap mulut.
tahan.
hati tiba tiba jadi sebak
ok, kali ni 'signal' dia betul dah terasa.
dah tak boleh tahan
menangis.


Nampaknya aku betul betul perlukan seseorang,
untuk bercakap
eh takde?
takpe la.
aku kan kuat
mesti boleh tahan punya la.


Hei air mata,
hei hati,
jangan 'rapuh' sangat ok !



P/S:
Berusaha untuk nampak gembira. sentiasa !
Tapi dalam hati sape tahu kan.




*****************


Beberapa minit,

tettt....*handset berbunyi*





Bukak.


Z: Suka makan kerang?
N: Suke gak. Nape?
Z: Nanti cari la kaitan kerang dengan tekanan darah..hehe
N: Oh, ade kaitan ek doc? Takpe, nanti saya cari. hehe
Z: Ade..hehe. bla bla bla~

...
..
.

tertidur.


P/S:
Lupa pulak nak tanya,
kalau orang alergi macam mane?