Google+ Followers

KORANG KAWAN AKU

Saturday, November 26, 2011

SALAM TAHUN BARU 1433h



Salam 1433h

Selamat Tahun Baru

Selamat Hari Lahir:
Nurul Farhanah binti Mohd Yusof
:)





Act,
sangat terkesan dengan tahun baru kali ni.
Permulaan tahun baru sama dengan permulaan umur baru.


Alhamdulillah,
masih diberi kesempatan untuk menyambut tahun baru dan umur yang baru.


Terima kasih Allah :)

alhamdulillah.
alhamdulillah....
alhamdulillah.........


P/S:
Cry. tears. touch.



Monday, November 21, 2011

::BESDAY TERGEMPAR::



Adik: Bila 1 muharram?
Umi: Besday akak 1 muharram la. tahun baru.
Adik: Haaa..hari ni la 1 muharram *sesuka hati dia je*


Ayah aku yang baru lepas sembahyang cepat cepat:
"eh besday akak ke hari ni??"


(Adik ngn mak aku pulak cepat cepat masuk bilik datang kat aku.)


Adik: Abah ni besday anak sendiri pun tak ingat.
Umi: Shhh senyap. jangan cakap apa apa dengan abah. biar dia perasan sendiri. Umi nak tengok bila abah perasan.


(Semua ketawa.)


Tetiba abah masuk bilik.


Abah: Nape tak cakap hari ni besday akak? 
Aku: Saja tak nak bagitau abah.
Abah: *dengan gaya confident level yang sangat tinggi*, 
HEPY BESDAY AKAK !

HAHAHAHAHA
kecoh rumah aku yang hari ni besday aku.
dan sampai sekarang abah tak perasan hari ni bukan besday aku..hehe




Thursday, November 17, 2011

::DIFFERENT MEANING !::

Repost : Janggoat 
;p

********

Ramai org salah paham antara childish dengan matured.
matured lebih kepada cara berfikir.
childish adalah org dewasa yg kebudak-budakan.

org yg childish tu tak semestinya tak matured.
childish tu sifat atau character seseorang.
igt senang ke nk ubah?

Monday, November 14, 2011

::TADAAPA::


Ade banyak benda nak tulis.
Ye, memang banyak.
Tapi termenung punya termenung, pandang dinding punya pandang dinding,
Last last takde ape.

Kesimpulannya,
mengarut dekat twitter saje.



P/S:
Aku rasa blog ni dah macam bukan blog lagi dah.


Saturday, November 5, 2011

::SELAMAT KORBAN !::



Assalamualaikum.


Alhamdulillah da selamat sampai kampung tercinta a.k.a tempat aku dilahirkan, Jertih, Terengganu setelah lebih kurang 10 jam perjalanan..Standard biasa perjalanan dalam 7 jam tapi disebabkan musim perayaan, sendiri faham je la jem dia yang mengalahkan jem kat KL.


Sekarang baru pukul 9.02 malam. Tersangat la awal lagi.
Tapi nampaknya abah, umi, nanan dan wewek semua dah berada di alam mimpi masing masing.


Sepupu sepupu pulak ada yang main bunga api,
yang kanak2 seronok berkejaran *aku rasa macam nak pergi join je..bila lagi nak merasa awet muda. haha*
plus ada jugak yang akan sampai kejap lagi.


Dan,
sekarang dah 9.08 malam, dah menguap.
Penat macam orang yang bawak kereta walaupun aku hanya duduk sambil mulut pot pet tak berhenti. Langsung tak tidur sepanjang perjalanan kot..
Terbaik lah farhanah kali ni ! haha


Baiklah,  akhir kata,
Salam Aidiladha 1432H.
Semoga ibadah korban dan ibadah kita keseluruhannya di berkati dan diredhai oleh Allah S.W.T
Maaf Zahir dan Batin
:)


Eh kejap2,
buat kawan baik, saya rindu awak.
kata kawan baik..mesti la saling rindu merindu..haha. Selamat berkorban ^^


Sekian.



P/S:
Tadi dengar takbir. Tiba tiba rasa sayu yang amat..sangat menusuk.