KORANG KAWAN AKU

Thursday, April 2, 2015

BACA BALIK


Apa yang aku dah tulis dulu.
Lawak. Hahaha

Tak matured nya. Nampak sangat gaya budak baru nak up.


Saturday, May 11, 2013

:: Marathon Bacaan Annual Report ::



Dissertation punya pasal maka aku telah stay up di library.


Sekarang dah pagi.
Kalau lah sekarang ni orang sama yang ada di library petang dan malam semalam, dan dorang perasan aku, mesti mereka akan ramai-ramai berkata dengan sebulat suara dan sehati sejiwa,
"Eh ada lagi budak ni. Tak balik mandi kerrrrrrrr???"


Hahaha..Nok kelik doh la ni.


Thursday, May 2, 2013

GE-13




Sejak dari bangku sekolah saya tak pernah lupa akan Rukun Negara Malaysia. Sentiasa terpahat di dalam hati dan minda.

"Yang pertama; Kepercayaan Kepada Tuhan"

Maka, sebelum saya setia kepada raja dan negara, saya mesti menghormati, mentaati, mengenali dan mengagungkan Tuhan saya, Allah. Saya ikut rukun negara kan 




#Balaghah. siapa faham, akan faham

Saturday, April 6, 2013

Pertumbuhan Gigi Bongsu




Sedang mengalami pertumbuhan gigi bongsu yang amat dasyat. Dah seminggu rasanya.
Gusi sedang membengkak. Nak jumpa dentist takut *tskkk :'(
Kalau da sakit yang amat baru aku pergi..hehe
 

Kata orang full teeth kita ialah 32.
Aku kira gigi aku baru 29. So, persoalan disini adakah gigi aku akan tumbuh lagi 3?? (x berapa mahir la bab gigi ni)
Nak tumbuh 1 pun siksa



P/S: Nama pun 'bongsu' kan. harusla banyak sikit perangai nya. sabo je la.




Saturday, January 26, 2013

Dalam Proses Memperbaiki Diri


Insya Allah..
Semoga dipermudahkan
Amin Ya Rabbal Alamin.

 



Wednesday, December 26, 2012

Tuesday, December 25, 2012

Sederhana itu Comel !! ^^



Assalamualaikum.


I always believe yang pakaian menutup aurat itu sangat comel ! 
Tak de guna pun kita pakai ikut fashion terkini, update dengan trend semasa kalau apa yang kita pakai tu hanya cantik pada mata manusia tapi tidak pada mata Allah S.W.T. At last, apa yang ko rasa cantik tu jugak lah yang menyebabkan cantik betul dosa kau bertambah.




Sekarang ni aku rasa banyak sangat fashion muslimah yang comel2, yang trendy, yang menutup aurat. Lagi comel kot. Dan tak dinafikan jugak, ada sesetengah fashion muslimah tu yang hanya menggunakan nama 'muslimah' semata2 walhal takde la muslimah mana pun. So, back to person yang wearing pakaian tu, kalau rasa kau pakai baju muslimah tu still ketat, sendat, or yang sama waktu dengannya, no point la kot pakai baju muslimah. Itu belum termasuk bab tudung lagi tu..huhu


Yes, i am not a good one. I pun banyakkkkkkkkkkk buat silap ! Manusia. Ada masa iman naik, ada masa iman turun. Ada masa kita di zaman 'kegelapan' dan ada masa kita ditunjukkan jalan yang 'terang'. Gaya masing-masing. Tapi sebagai manusia la kita kena saling tegur antara satu sama lain. Well, memang la kubur lain-lain. Tapi yang nak mandikan jenzah kita tu manusia a.k.a orang sekeliling kata kan?? 


Aku bukannya menulis sebab aku rasa aku ni baik dan dah lengkap dalam berpakaian or nak menunjuk yang aku ni hebat. Aku sangat berharap orang tegur aku kalau teguran tu sangat membawa ke arah kebaikan. Dalam proses membaiki diri. Sama-sama nak masuk syurga kan??


Salam :)