KORANG KAWAN AKU

Thursday, December 23, 2010

::RESULT PRAKTIKAL::




Oh Alhamdulillah,
syukur kepada Allah yang mengatur seluruh kehidupan kita dengan sebaiknya.
:)



Baru sekejap tadi aku on facebook dan terbaca status kawan aku,
"alhamdulillah...result dh kuar...hope seme dak BAC lulus"
Maka aku pun cepat cepat la bukak student portal tu and check my own result

*agak blur..huhu*
Latihan Praktikal. Gred: L. means lulus.
P/S: Alhamdulillah sekali lagi. kurang 1 halangan untuk graduation tahun depan. setelah banyak cabaran dan dugaan masa prak hari tu, last last semua berakhir dengan indah. syukur ^^v


Tuesday, December 14, 2010

::INI YANG AKU PANGGIL KAWAN::

Hari itu,
yang sangat tenang
sangat damai~


Kedengaran burung berkicau riang
yang kecil girang bermain guli
yang dewasa siap turun mencari rezeki.


Dan kita berjalan bersama
sambil bercerita mengungkit memori masa silam
walau doremon mencipta mesin masa,
aku dan engkau tahu
yang ia takkan berulang :)



Engkau jatuh aku suka
aku dibuli engkau penyelamat
engkau sedih aku menangis




oh K.A.W.A.N
aku sayang dan cinta engkau.

Saturday, December 11, 2010

::BILA IA PERGI::

Bila sampai suatu waktu
engkau aku dia harus pergi
relakan saja


usah ditangisi
usah diratapi
hanya dikenangi


biar ia kekal. terpahat
dalam hati
dalam jiwa
sanubari~


kerna hukum alam
hukum dunia
yang hidup pasti akan pergi


sunnatullah
itulah janji Allah

::MALAM::

gigitan nyamuk
merah darah
angin sepoi. mendayu~
namun diam. seribu bahasa

hati sakit
perit melupa
ohh sukar
mengapa bisa?


lalu termenung
jauhhhhhhhhh
dan kembali
sepi sendiri

Monday, December 6, 2010

::MAAL HIJRAH 1432h::

Sabda Nabi SAW yg brmaksud :
“Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram”
(Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.)
Salam Tahun Baru
Salam Maal Hijrah
Salam 1 Muharram 1432H

"1 Muharram detik permulaan,
perkiraan tahun islam hijrah,
perpindahan nabi dan umat islam dari kota makkah ke kota madinah."
"Oleh itu mari semua kita sambut maal hijrah. tingkatkan semangat tegakkan SYIAR ISLAM,
untuk sepanjang zaman."



P/S: Teringat nasyid zaman sekolah rendah..hehe :)

Thursday, December 2, 2010

::IMPIAN::

Setiap orang ada cita cita dan impian masing masing.
sekarang aku dah nekad dan aku tau ape yang aku nak.
demi masa depan.

Memasang impian dan cuba untuk mencapainya !

Aku harap aku tak terjatuh sebelum ia dicapai.

InsyaAllah. amin..


P/S:

SS: Adeq Nuyu, Selamat Hari Lahir Dear! ♥
Nak Adiah, Meh Sini Meh. 6 Jam Dari Skarang.
Tapi, Sy Hadiahkan Bintanglah~ Cantik Kan?


NY: Cuwet nye adiah bintang.
bole la sy dongak langit bila saya sedih, gelisah dan ingatkan awak.



SS:
Beliau akan bersame² anda malam hari.
tapi jgn sangka siang beliau tinggalkan anda..
beliau sentiasa ada disana, tapi cahaya matahari melampaui cahayanya
.


borak dengan sorang kawan, *gul oke* :)

Friday, November 26, 2010

::EVENTS::

Huhuu..hari ni memang tersangat letih !
tulang 4 kerat ni bergerak dah macam 10 kerat :p
sana sini pergi mari

Tadi siang dari pagi sampai petang ada dekat Uitm Shah Alam.
ikut kawan aku si Khalella shoot gamba orang convo.
rupanya orang yang convo tu budak matrix aku jugak.
nama Azam dan amik hotel management..hoho

Esok, 27/11 ade plan pergi Sunway Piramid lak.
saje sebab ade orang offer nak belanja hot tiket pizza..haha *gul okeh*
kalau dah masuk bab makan jangan tolak beb.
bak kata pepatah malu rugi !

oke la,
aku dah penat.
nanti la aku masukkan gamba yang shoot convo tu sikit ek
hehe..tata.

Gud nyte.
Wan an.
Oyasuminasai.


P/S:
Korang ade pape masalah sakit jiwa atau hati atau otak tak?
kalau ade, aku jumpa ayat ni dan aku memang suka sangat sangat !


Ianya memang pahit,
tapi bila ingat syurga itu manis,
rasa sedikit tenang sebab percaya janjiNYA tak pernah menipu
dan DIA lah yang MAHA BENAR

:)



Tuesday, November 23, 2010

::Saya nak kembali ke zaman kanak kanak::


Dulu,

Saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka

Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.


Lama-lama,

Baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.


Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal forensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.


Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit

Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..


Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286).

*from iluvislam.com*



P/S: ANDAI MASA DAPAT DIUNDUR. namun tiada siap terdaya. aku rindu zaman kanak kanak, zaman riang gumbira bermain tanpa kenal erti penat :(



Sunday, November 21, 2010

::RINDUI KAMU::

*Masih kecil. macam baby. nak berenang pon tak reti*

*Bila da besar siket da bole main panjat panjat kan..huhuu*

*Siap meneroka bersama lagi kamu ni* jauh perjalanan luas pemandangan..tetibe kura pandai peribahasa berkat pengajaran aku :p

*haaa kamu ! nyorok bawah tanah tu nape? nak cari pun susah tau tak*

*Bila da besar demand pulak die. nak makan kek. orang bagi daging kambing tak nak pulak* ape kaitan? hahaa

.
.

.

.

.

.

.



RINDUI KAMU SENTIASA
OS DAN AS
:)

Saturday, November 20, 2010

::SOME::

*just seven eleven*



*town. sky. kuala terengganu*

Wednesday, November 17, 2010

::Tragedi malam raya::

Aku ade 2 ekor kura kura..nama os dan as.
kitorang 1 family bela masa dorang kecik lagi.
masa dorang baby besar 5posen.



Kira kalau nak balik kampung pun bawak dorang balik sekali.
kalau nak raya pun dorang raya sekali.
pendek kata sentiasa bersama lah. *dekat dihati macam tv9*
Seingat aku dah 2 tahun kot.
tapi sekarang mereka dah sangat besarrrrr.
letak pun dalam besen dalam bilik mandi.


Maka nya, dipendekkan cerita malam ni ayah aku dah lepaskan dorang kat tasik titiwangsa.
*16/11/2010. selasa. aku akan ingat tarikh ni*
paling sedih sebab aku takde masa nak lepaskan dorang tu.
kurang kurang boleh la tangkap gambar akhir kan.
sedihhh teramat kot :(
mak aku pun sedih same..tapi die tak tunjuk. tapi aku tau..


So, sekarang sedang meratapi pemergian os dan as tersayang.
pergilah sayangkuuu :(


P/s: Merasa kehilangan. abaikan karangan macam budak budak ni sebab aku tengah sedih oke.






Friday, July 9, 2010

::TUKA LAYOUT::

haishh.
tetibe rase rajin.
huhuu
:)
p/s: urmm, rase macam colourful pun ade jugak. korang sakit mata tak nengoknya??

Sunday, June 27, 2010

ENGLAND GERMANY

Separuh masa pertama.

Germany 2 England 1

Okey, obvious sangat kot bola yang lampard buat tu masuk jaring.
pengadil tara nampak ka? tido ka?
tu la. duduk jauh sangat dengan bola. durhhh


P/S:
Patut ade skrin ulang tayang besooooooo bia pengadil nampak dan cakap GOLLLLLL !
confirm peminat england sume memang marah gile.

MOOD:
Da ngantuk. esok keje. separuh ms kedua aku tengok ulasan MHI pagi esok..
huahuahuaaaa

Thursday, May 27, 2010

kiann~



ini bukan lagu mawi tu,

"kian jauh kian hilang, kasih antara kita"


tapi....,


kalau mereka sedang menantikan,
'DEBARAN WORLD CUP KIAN TERASA'

aku pulak,
'DEBARAN PRAKTIKAL KIAN MENGHAMPIRI'




buku audit tak bace lagi,
basic akaun kena ngulang balik.
oke, ianya sangat mendebarkan sebab aku mane pernah praktikal or keje camni sepanjangggg hidop aku.
so, it's scaryyyy........



Sunday, May 2, 2010

::cuti bermulaaa::


iyee, seperti tajuk entry diatas
cuti semester bagi siswa/wi sudahpun bermula..
2 bulan dan ianya sangat lama.
sempat la bagi sesape yang nak membina lomak, membuang lomak pe sume
hahaa

okey,
aku tak de la cuti 2 bulan macam kawan kawan yang len.
sebab 1hb 6 da kena lapor diri praktikal..

PERASAAN?
urm,
agak terujaaaa
tapi......
agak mendebarkan la jugak sebab sebelum ni masa belajar just teori je sume.
then ni nak kne praktik betul betul

ape punnn,
tungguuuuuuu ^^

Thursday, April 1, 2010

::soryyyyy naik lori::


aku ade 1 lagu nak ditujukan pada korang:

"i am sorry
emak masak curry
adik goyang kaki

ayah cari bini *bukan ayah aku*
bini ayah chantik
macam bulu itik...muahahaa"

sOoRrryyyyy......
sebab lama tak update.
sangat sangat dan sangat busy sampai rasa nak jerit jerit + pengsan..hohoh

final exam is around da corner..lagi 18hari.
tapi esaimen dan presentation still lagi bertimbun timbun..

apepun kawan kawan,
kita MESTI KUAT untuk hidup dan untuk berjaya.
JANGAN MUDAH PUTUS ASA..
kalau ade problem yang rasa tak dapat nak settle sendiri, try share dengan kengkawan..mana tau dorang bole tolong.
paling penting, kita ada ALLAH yang sentiasa melindungi hambaNYA.

ape pun, chill k..
love u all :D

Saturday, February 13, 2010

SENYAP BUKAN BEERTI KALAH..durrhhh!


DIAM DIAM UBI BERISI

BISING BISING UBI TAK BERISI

SENYAP SENYAP MANUSIA ITU SABAR
BISING BISING MANUSIA ITU MULUT LESER
haa? perumpamaan ape pon aku tak tau..hahaa


bukan ape, aku ade terbaca kata kata ni. lebih kurang gini la die cakap,
dikala kamu dirundung kesepian, kemarahan..
hendaklah kamu mendiamkan diri.

aku pun pelik gak la lepas baca tu..
and now aku tau dan FAHAM maksud die:-



Kata kata dan dikeluarkan tatkala kita tengah marah menunjukkan

SIKAP kita yang SEBENAR!
*kalau yang hipokrit yang bukan main depan baik belakang jahat tu, nampak la sangat sikap die yang sebeno..hoho*



Diam ketika kita tengah marah ia akan menguji sejauh mana kita bersabar.
*bersabar itu separuh daripada iman*


Kalau kita tengah marah mesti perkataan kesat je kuar kan.
so, tak ke rasa free free dapat dosa.



bukannya kita kalah kalau diam ni..nampak bodoh? tidak sama sekali.
kerana apa? kerana kita telah berjaya mengawal NAFSU AMARAH dan godaan syaitooonnnnn.



moral of the story:
buat biase je la kot. pura pura tak tau walaupun ko tau.
diam itu lebih baik..bersabar itu separuh daripada iman.


Monday, January 25, 2010

::THANKS =)::


Kenyang disebabkan
prosperity burger
hahaa
terima kasih Allah..

juga terima kasih buat Ali yang tanpa segan silunya bagi 'zakat' tiket bas aku nak balik cuti raya cina..
=D



*saya rindu awak; zidane si adik*
soooo much..


Saturday, January 16, 2010

::LELAKI DAN BOLA..ade komen?::


Hai hai haiii..

kalau dulu aku ade cite pasal perempuan dan beli belahnya kan.
kali ni kita cakap pasal kaum lelaki pulak.

bila orang sebut lelaki ni, sukan die macam sinonim je dengan bola.
bak kata iklan coca cola,
MAKAN BOLA, TIDO BOLA, MINUM COCA COLA
tido tak lena mandi pun tak basah..hahahhh
yang dah fanatik sangat tu lagi laaa, duduk depan TV 24jam nak tengok bola.

alkisahnya begini,
kawan aku ni a.k.a classmate la..
time tu first presentation kitorang subjek AUDIT.
kawan aku tu presenter yang pertama..
dengan tahap confident level yang tinggi die pun present la..
memang bagos ah..sampai la terkeluar ayat ni,

"kita ni kalau nak fikir, kena la fikir diluar KOTAK PENALTI!!"

hahaha..mau nya terburai gelak satu kelas.
semalam tengok bola ke cik abang oii??
haha..

tapi ok la, then sambung balik dan kitorg sume have fun..
^^

Wednesday, January 13, 2010

::TERKADANG::


TERKADANG,
pena yang berbicara lebih lantang berbanding lidah yang berkata kata.
TERKADANG,
pena yang menulis lebih lancang berbanding lidah yang mengutara.


untuk apa kau pena?
sekadar luahan di pinggiran?
takut untuk berkata kata?
atau hanya sekadar provokasi persembunyian?

kasihan kau pena. bermacam kata dilontarkan.
salah membawa erti.
salah mengutara pendapat.
juga salah cara kata kata.

tidak usah kau pena,
kerana terkadang lidah lebih membawa makna.


renung renungkan dan selamat beramal
(^^)v


Sunday, January 3, 2010

::DIA::

Semakin dekat kita padaNYA,
Semakin DIA menyanyangi kita

Perjalanan kehidupan yang semakin lancar,
juga bait patah perkataan..

Alhamdulillah..



- kurniakanlah kami hidayahMU Ya Allah, lancarkan perjalanan kami,
letakkan kami dikalangan mereka yang beriman, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada kami umat islam..amin -