KORANG KAWAN AKU

Saturday, August 6, 2011

::MENUJU DESTINASI::







Dan bila nama itu memanggil,
aku datang.
Melangkah tanpa henti.
Penat? Ah..tidak !

Persetankan mata memandang. senyuman sinis.
Asalkan aku sampai destinasi,
Aku puas !





Wednesday, August 3, 2011

::ERKK::


Kenapa hari lain aku tengok gamba ni rasa biasa je tapi bila sampai bulan puasa ni rasa semacam? hahaha



Lokasi: Gunung Nuang.
*kejadian bukan semasa bulan puasa ok* :p



P/S:
Tadi maxis da call suruh bayar berukband. dugaan ramadhan betul

Tuesday, August 2, 2011

::TULISSSSSS::

Iye, sama seperti tajuk entry di atas, TULIS.
Ade orang tanya aku,

" Nuyu tak tulis blog lagi ke? Tulis lah. Saya suka je bace."

Makanya di sini,

TULISSSSSSSSSSSS !

Dah siap da. Amik syarat je..hahaha.
Oke2, baiklah. nanti saya hapdet yep. Tunggu nak siapkan buat report nak kena hantar ni haaa..hehe


P/S:
Selamat berpuasa bagi seluruh kaum muslimin dan muslimat.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas..InsyaAllah :)


Friday, June 24, 2011

::KERJA SEKARANG MEMANG BEST !::

Assalamualaikum



Sekarang ade dekat Kompleks Rakan Muda, Puchong. Berkampung kat sini dalam masa sebulan lebih. Macam macam aktiviti buat sampai takde masa nak jaga diri sendiri dek terlalu excited buat kerja. tapi makan memang tak lupa la..itu penting oke..hehe







Apa kau buat kat sini ha nuyu?? semak je. haha..jeng jeng jengg, ni la kerja aku tuk masa terdekat ni. sangat teruja sebab aku tak pernah mimpi pun nak buat kerja macam skarang ni :)






Ni pun kerja gak ni. kerja kena tengok bola Malaysia vs Lubnan. 2-1 Malaysia menang. best gile kot game semalam. punya la excited sampai terbangun berdiri, golllllllllllllllll ! *bajet je macam tak pernah tengok bola..haha*



P/S:

Sebenarnya aku tengah bosan ni sebab sekarang takde kerja sebab kena rehat sebab dah tiap tiap hari buat kerja. aku pulak bosan sebab dah banyak tido sebabbbbbb....entah. bape banyak sebab dah. ok tata :p



Thursday, May 5, 2011

::SEMUANYA HABIS ! oh ohhh::


MAKA DENGAN INI DIISYTIHARKAN:

NURUL FARHANAH BINTI MOHD YUSOF
NO MATRIX: 022770
KOS: IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

TELAH TAMAT PENGAJIAAN NYA DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN SELAMA 4 TAHUN 10 SEM.

fullstop.


Hahahaha..alhamdulillah semuanya dah selesai.
baru je habis paper terakhir, Strategic Management.
sekarang dalam lab komputer sambil tunggu nak jamuan dengan mentor *bab bab makan memang gua suka..hahaha*
petang ni pualk nak hantar borang graduation pe sume.
lepas tu pergi stable kuda.
malam ni makan lagi.
esok bbq..hehee



P/S: 10 sem?? hehe..including short sem la :)


Monday, May 2, 2011

::BENTUK ITU ABSTRAK::


Kenapa tetibe bentuk tu boleh datang sekarang selepas lama dia hilang.
Lama aku fikir.
Tapi aku tak jumpa jawapan.

Sangat pelik !
Ahhhh, banyaknyeee benda.
Main perasaan betul la.

Ya Allah,
Tolong hilangkan bentuk itu.
Tolong tolong dan tolong.
Tolong biarkan bentuk itu kembali asal.
Kembali normal.



P/S: Rasa macam nak duduk dekat satu ceruk dan menangis sorang diri. Ohh, tak payah la nuyu. baik kau pergi jalan lihat alam. sekurangnya bila kau dapat jawapan bentuk tu, hati kau akan tenang..baiklah, terima kasih.


Sunday, May 1, 2011

::BILA OYEN BERPERASAAN TERHADAP AKU::



Untuk perhatian:
Ini ialah entry untuk memujuk dan entry ini berwarna oren disebabkan oyen itu oren
. sekian terima kasih


[ Ini Bukan Monolog ]

"Oyennnnnnnnnnnnnnnn !"
" eh, jangan nakal sangat bole tak?"

" jangan main lompat lompat kat tingkap bole tak? jatuh ko nanti"
" adesss, jangan gigit kaki la..sakit tahu tak"

" jangan gigit kertas bole tak? "
" apela buas sangat ko malam ni ha"


Tiba tiba oyen lari laju laju mengalahkan watson nyambek,
bummm ! *yang ni aku tak pasti pulak bunyi die macam mane..haha*
dia pergi lompat naik atas katil dengan aksi yang rakus gile. Oke, masa ni tahap kebaikan yang memang menjadi lagenda tu dah bertukar menjadi kemarahan. pa lagi bro, aku pegi amik si oyen tu, amik blanket die gulung gulung dia dalam tu macam roti gulung. lepas tu "pup pup pup" kena pukul.*ni pun aku tak sure bunyi cane*. Untuk perhatian lagi, aku tak pernah lagi buat dia macam
ni

[ lebih kurang gini la masa kena bungkus tu ]
.



Lepas je kena pukul tu, aku dah faham sangat perangai dia. mesti merajuk punya la. duduk kat ceruk dinding sekor sekor. tapi kan, aku ingat ke kali ni merajuk dia tu macam biasa je. rupanya terbawak bawak.


Memang tak main langsung dah lepas tu. aku dengan roommate aku panggil pun tanak nyahut.
"oh broo, ko pandang aku sebelah mata pun tanak kan"
duduk la dia sorang diri sambil buat muka kesian sampai aku rasa bersalah. baiklah oyen, mintak maaf. kau tu yang nakal sangat.

Soryyyyyyy

*sambil pandang muka buat kesian oyen..kita bako je*