KORANG KAWAN AKU

Monday, December 10, 2012



Assalamualaikum,


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Terjemahan: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."


Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain.


Jom ! Kita pakat-pakat betul kan yang mana perlu dibetulkan.
Sharing is Caring, friends :)


Wednesday, December 5, 2012

MASTER


Assalamualaikum...


Sekarang ni musim final.
Balik rumah sewa,
Panjat tangga tingkat 5 namun tak kurus-kurus. Galas beg sandang. Dekat tangan ada satu lagi beg bimbit kecik sambil pegang 1 artikel untuk dibaca.

Bukak je pintu nampak kawan-kawan tengah borak pasal exam dekat ruang tamu. Dorang pandang aku,

"Nampak sangat budak Master, dengan artikel kat tangan penuh highlight" (Jaizah ; budak rumah, 2012)


*************

Semalam da lepas 2 paper. Seriously pening kepala. "Tawakal is the best answer"
Masa nak balik terserempak la dengan budak kelas dekat car park. Pakat bincang nak penuhkan perut kat mana..Laparrrrrrr. Lepas decide sume masing-masing gerak dengan perasaan yang tak sabar. Aku naik kereta housemate jerrrr 

Sampai 1 selekoh tu, nampak la dua orang budak laki kelas aku tengah nak pakai helmet nak naik motor dengan ramai orang, muka berkerut dan dengan panas bahang nya lagi. Dan lepas tu aku tanpa segan silu terus 'wek wek' jelir lidah kat dorang ala2 macam budak tadika semangat tengah ejek kawan dorang tu. Act, aku pun tak tau apa motif aku buat gitu. Spontan !.  Dah la ramai orang tengok. Lepas kereta gerak, kitorang satu kereta pusing belakang tengok dorang tengah gelak-gelak..cehh. Mesti budak kelas aku tu fikir, "Mentang-mentang la naik kereta tak kena panas, tak payah menunggu, aircond siap, dia wek wek nye kita". Haha..Bila fikir balik rasa malu gila..Forgive me. haha

"Kalau orang tau ni budak master, orang pun tak percaya" (Azian ; budak kelas, 2012)



(AC7702B, With Lecture PM Arun: Advance Financial Reporting)



P/S: Ada lagi 2 paper on 8/12 and 9/12. Doakan ye kawan-kawan :)


Saturday, May 5, 2012

::050512::





Cintaku kepada Tuhan 
kerana aku adalah ciptaan-Nya. 



Cintaku terhadap seseorang itu 
adalah kerana perasaan yang dicipta-Nya



Monday, April 23, 2012

:: GAMBAR BUAH HATI PENGARANG JANTUNG ::



"Muhammad Al-Fateh Anaqi"
*anak buah pertama aku*

Ni gambar masa nak buat visa. dekat mesir.
 Siap tersenyum bagai.
Comel ! hehe




Tapiiii,
kalau korang nak tau, ni lah gambar sebenar di sebalik tabir.





Hahaha..kesian fateh anaqi !!!

Miss u :)



Sunday, April 22, 2012

Thursday, April 19, 2012

:: UJIAN ::

 
Kadang- kadang, bila kita didatangi satu ujian kita mula mengeluh,
"Aduh kenapa mesti aku !", "apalah nasib aku", "haii macam lah takde orang lain yang nak kena benda ni..aku jugak".
 

Dan kadang-kadang ada sesetengah diantara kita yang pada mula nya sedar itu adalah satu ujian dan kita kena hadapi. Tapi bila ujian ni berterusan dan masih tak settle, kita akhirnya jadi give up dan mula,
"Beratnye lah ujian ni", "dah la, aku dah penat dengan semua ni !"......
dan kita akhirnya terlupa yang pada awalnya kita sendiri tahu yang ini merupakan suatu ujian untuk menguji diri kita. *aku lah tu*
 

Namun akhirnya,
bila saat itu datang, bila hikmah disebalik ujian itu tiba, kita akhirnya tersedar,
"Oh Ya Allah, betapa indah perancangan mu"..dan kadang- kadang membuatkan kita mula menangis mengenangkan betapa besarnya rahmat di sebalik ujian yang telah diterima, betapa angkuhnya kita di saat merungut diatas apa yang kita perlu tempuhi. 
Saat itu kita amat amat amat bersyukur diatas apa yang telah ditetapkan di atas kita.
 

Maka, bersyukurlah diatas ujian yang diberi *untuk aku jugak*..
kerana perancangan Allah itu sangat besar, Maha Hebat.
Terima Kasih Allah diatas segala nikmatMu.

*Jadikan aku seorang yang sentiasa mensyukuri nikmat, Jadikan aku seorang yang sentiasa tabah mengharungi dugaan, bantu aku dalam setiap langkah ku, permudahkan urusan ku..Amin. InsyaAllah*

:'(