KORANG KAWAN AKU

Sunday, March 13, 2011

::LAGU KANAK KANAK :)::


Tanya sama pokok apa sebab goyang
Nanti jawab pokok angin yang goncang
Tanya sama langit apa sebab hujan
Nanti jawab langit tanyalah awan
Awan nanti kata aku kandung langit
Sampai tempat sejuk aku pun cair
Tengok dalam air nampak bayang bayang
Campak satu batu bayang pun hilang


=)



Monday, January 31, 2011

::MEREKA DI BUMI MESIR::


Kerisauan yang semakin menjadi jadi terhadap pelajar malaysia di bumi mesir.


Sepupu aku, jj dah selamat balik Malaysia. sorang lagi husna dah selamat keluar dari mesir pergi ke UK.


tapi...abang dan kakak ipar aku masih terperangkap kat sane..Ya Allah, risaunnyee. Kelmarin mesej dorang boleh nak reply lagi. semalam mesej lagi, tapi da lost contact.



Semalam abah beli bagasi besar,

N: besanyeee ! nak buat ape beg besa ni??
A: beg abah nok wat g mesir nanti
N: dalam hati, *doh kite nok g mesir gane mesir tgh bergolak tuh*...


hurmmm..pp ! asma ! sehat selalu kamu disana. kami disini sentiasa mendoakan ! tskkkk T T



P/S: Lets raise our hands and pray for all Malaysian student at Mesir..amin.




Thursday, December 23, 2010

::RESULT PRAKTIKAL::




Oh Alhamdulillah,
syukur kepada Allah yang mengatur seluruh kehidupan kita dengan sebaiknya.
:)



Baru sekejap tadi aku on facebook dan terbaca status kawan aku,
"alhamdulillah...result dh kuar...hope seme dak BAC lulus"
Maka aku pun cepat cepat la bukak student portal tu and check my own result

*agak blur..huhu*
Latihan Praktikal. Gred: L. means lulus.
P/S: Alhamdulillah sekali lagi. kurang 1 halangan untuk graduation tahun depan. setelah banyak cabaran dan dugaan masa prak hari tu, last last semua berakhir dengan indah. syukur ^^v


Tuesday, December 14, 2010

::INI YANG AKU PANGGIL KAWAN::

Hari itu,
yang sangat tenang
sangat damai~


Kedengaran burung berkicau riang
yang kecil girang bermain guli
yang dewasa siap turun mencari rezeki.


Dan kita berjalan bersama
sambil bercerita mengungkit memori masa silam
walau doremon mencipta mesin masa,
aku dan engkau tahu
yang ia takkan berulang :)



Engkau jatuh aku suka
aku dibuli engkau penyelamat
engkau sedih aku menangis




oh K.A.W.A.N
aku sayang dan cinta engkau.

Saturday, December 11, 2010

::BILA IA PERGI::

Bila sampai suatu waktu
engkau aku dia harus pergi
relakan saja


usah ditangisi
usah diratapi
hanya dikenangi


biar ia kekal. terpahat
dalam hati
dalam jiwa
sanubari~


kerna hukum alam
hukum dunia
yang hidup pasti akan pergi


sunnatullah
itulah janji Allah

::MALAM::

gigitan nyamuk
merah darah
angin sepoi. mendayu~
namun diam. seribu bahasa

hati sakit
perit melupa
ohh sukar
mengapa bisa?


lalu termenung
jauhhhhhhhhh
dan kembali
sepi sendiri

Monday, December 6, 2010

::MAAL HIJRAH 1432h::

Sabda Nabi SAW yg brmaksud :
“Puasa yg paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram”
(Riwayat Imam Muslim dr Abu Hurairah r.a.)
Salam Tahun Baru
Salam Maal Hijrah
Salam 1 Muharram 1432H

"1 Muharram detik permulaan,
perkiraan tahun islam hijrah,
perpindahan nabi dan umat islam dari kota makkah ke kota madinah."
"Oleh itu mari semua kita sambut maal hijrah. tingkatkan semangat tegakkan SYIAR ISLAM,
untuk sepanjang zaman."



P/S: Teringat nasyid zaman sekolah rendah..hehe :)