KORANG KAWAN AKU

Friday, September 30, 2011

::JOGGING SAMPAI LEBAM::



Assalamualaikum.

Pagi tadi aku bangun awal dengan semangat yang waja sebab nak pergi jogging.
Tak jauh pun. Kat tasik titiwangsa tepi rumah aku ni je.


Kali ni pergi dengan abah. dan biasanya abah akan jogging sampai 3 pusingan lepas tu bersenam sikit dan barulah balik.
Aku pulak, hehee...... :p


N: Bah, kalau ikut satu pusingan ni berapa kilo?
(kilometer ! bukan kilo jual ikan)
A: Dalam 2.4 km
N: Abah nak buat 3 round la ni?
A: A'aa, macam biasa. Akak?
N: Akak rasa nak buat 1 pusingan je. sebab lepas tu nak pergi jalan kat dalam ni pulak.
A: Sikit sangat tu.
N: Alaa.., biasanya lepas lari 1 pusingan akak dah penat lepas tu rasa macam malas nak ulang dah.
A: Ni la dia, ketahanan mental lemah ! Tak bersemangat !
N: Eh ape pulak..
*hambik ko, sebijik kena atas muka ! hahaha*



Lepas kena sebijik atas muka tu aku cuba la cabar diri aku untuk lebih dari 1 pusingan.
Awal awal ingat nak lari terus..tapi abah suruh jalan je. Jalan pun dengan kadar yang laju la.
Tapiiiiii,
even jalan laju pun aku tetap kena tinggal kat belakang.
Makin lama makin jauh..cehhh
*Adakah golongan umur sebegini memang jalan cepat atau mereka punyai kaki yang panjang atau aku sebenarnya yang tak layak untuk masuk sukan komenwel dalam acara 'lumba jalan kaki'?? grrr..*



Masuk round ke-2 aku dah start lari.

N: Babai bah, akak lari dulu. Apa apa tepon.
*bajet power sebab boleh pecut abah*

 .
.
.
.

And finally, 
I've made it !
2.4km tanpa henti !
Peduli la korang nak cakap "2.4km je pun..aku boleh buat lebih tak kecoh pun.."
Yang penting aku berjaya cabar diri aku sebab dah lama tak lari..haha
*hidung harusla kembangkempis*


Tapiiiiiiiiiiii
yang tak bestnya,
lepas je berhenti lari tuuuuuu, Ya Allah tuhan je la yang tau.
Serius tak nampak ape. 
Kepala dah pusing, pandangan da berbalam balam je, nak bernafas pun susah. nak pengsan !
Cepat cepat tarik nafas..pun tak jadi jugak. serius nak jatuh.
Jalan cepat cepat.
Cari port yang ada makcik makcik sebab kalau aku pengsan abah tak jumpa cari, makcik tu ade untuk perasan.
Pegang tiang.
Jatuh.


Selang berapa minit lepas tu aku nampak abah. Syukur gila rasa masa tu..Alhamdulillah.
Jerit panggil abah. tapi abah tak dengar. Aku nak jerit pun tak larat.
Usaha bangun cepat cepat.
Then abah perasan.
Mintak kunci kereta sebab nak rehat.



Tapi takde la rehat sangat pun lepas tu.
Duduk sorang sorang tengok orang jalan sambil kadangkala ditegur oleh pakcik pakcik dan kaum remaja.
hehe :p


Alkisah disebalik tu, 
masa tengah lari tu pun aku dah rasa kaki macam sakit je, dan ada penat sikit.
Tapi berkeras tak nak berhenti.


Ok dah. tu je kali ni. aku tengah penat.


..............................

*titiwangsa* ;









(Best picture yang sempat tangkap untuk hari ni)



(abah)







P/S:
Mesej yang nak dihantar pada sorang kawan masa berhenti lari tu..Tapi tak terhantar sebab tak larat.
"Yes, 2.4km tanpa henti..Aaaa ya Allah, skarang rasa nak pengsan"

Thursday, September 29, 2011

::LOVE::



Enough said,

I have them.










Adik Beradik FC.
Thanks
:)



Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

::27 SEPT::




Sekarang,
ada kerja baru.
*dua hari berturut*

Jadi peneman orang buat 'kerja'.
Tetiba rasa nak belajar balik la.
Oh master.


 *Ambik kau. betapa dasyat lecturer aku mengajar. tahap PHD ni*




Sunday, September 25, 2011

::INI UJIAN::



Bila aku SAKIT,
Aku tau yang aku sedang diuji.

Bila aku SEDIH,
Pun aku tau yang aku sedang diuji.

Dan walaupun aku tengah GEMBIRA dan BAHAGIA,
Aku tetap rasa aku sedang diuji.


Ye la, mungkin DIA nak tengok sejauh mana aku tetap bersyukur kepadaNYA dengan segala nikmat yang telah diberikan. 



Kesimpulannya,
Allah sentiasa menguji kita sebagai HambaNYA.
Sebab?
Sebab Allah sayang kita la.
Perasan tak, kalau kita sedih, sakit ke ape, masa tu baru kita nak ingat Allah.
Kalau tak, mesti kita asyik leka je kan.


Tapi yang penting,
Jangan cepat melenting atau mengeluh.
Kenapa?
Sebabbbb.....
Allah tak kan uji kita sekiranya kita tak mampu hadapi sesuatu ujian tu :)


Haaa,
Tu menunjukkan yang kita ni kuat ! Kan kan.
Sebab tu Allah uji kita. ok?
Chill ^^





P/S:
Terima Kasih, ALLAH



Saturday, September 24, 2011

::DOA-1::


Assalamualaikum.


Bismillahirrahmanirrahim,





Amin.
:)

Friday, September 23, 2011

::MASUK BERITA? HAHA::



Firstly,


*Find me? 
Clue: Yang paling depan dan beriya sekali..haha*

.......


Semalam keluar sekejap dan balik malam.
So bila sampai rumah dan otak pun dah 'penat', duduk je kat katil opkos la terus sampai ke bulan.
*sory untuk sesape yang mesej semalam tapi aku tak reply*


Pagi ni bila bangun tido, 
on laptop,
online.
Bukak je muka buku,

terus la nampak benda ni,

*Klik untuk tumbesaran*


Haha,
Ok. memang diakui. Gambar tu jelas menunjukkan aku memang bersemangat dan mencapub sebab dah la depan sekali, lepas tu siap angkat dua belah tangan lagi.


Alkisahnya sebelum tu aku + budak kelas aku yang lain duduk sebelah lain. Tapi bila kitorang dengar je geng yang 'hook' biru tu sebut, 
"Eh, gambar berita !",

Apa lagi, terus la kitorang berlari dengan kuasa kuda dan cepat cepat menyelit duduk depan sekali tanpa menghiraukan sape yang ada kat belakang..Tak kisah la, janji masuk muka dalam tu..haha
*terlalu beriya..cehh*


*Atas: gambar classmate aku yang lain. tapi aku takde la*


Dah, tu je kali ni.
okbai
:)




P/S:
Act berita ni main point dia mengenai prasarana yang
sedang giat dibangunkan di dalam UniSZA. Tak sempat aku nak merasa lebih.