KORANG KAWAN AKU

Saturday, February 13, 2010

SENYAP BUKAN BEERTI KALAH..durrhhh!


DIAM DIAM UBI BERISI

BISING BISING UBI TAK BERISI

SENYAP SENYAP MANUSIA ITU SABAR
BISING BISING MANUSIA ITU MULUT LESER
haa? perumpamaan ape pon aku tak tau..hahaa


bukan ape, aku ade terbaca kata kata ni. lebih kurang gini la die cakap,
dikala kamu dirundung kesepian, kemarahan..
hendaklah kamu mendiamkan diri.

aku pun pelik gak la lepas baca tu..
and now aku tau dan FAHAM maksud die:-



Kata kata dan dikeluarkan tatkala kita tengah marah menunjukkan

SIKAP kita yang SEBENAR!
*kalau yang hipokrit yang bukan main depan baik belakang jahat tu, nampak la sangat sikap die yang sebeno..hoho*



Diam ketika kita tengah marah ia akan menguji sejauh mana kita bersabar.
*bersabar itu separuh daripada iman*


Kalau kita tengah marah mesti perkataan kesat je kuar kan.
so, tak ke rasa free free dapat dosa.



bukannya kita kalah kalau diam ni..nampak bodoh? tidak sama sekali.
kerana apa? kerana kita telah berjaya mengawal NAFSU AMARAH dan godaan syaitooonnnnn.



moral of the story:
buat biase je la kot. pura pura tak tau walaupun ko tau.
diam itu lebih baik..bersabar itu separuh daripada iman.