KORANG KAWAN AKU

Wednesday, December 26, 2012

Tuesday, December 25, 2012

Sederhana itu Comel !! ^^



Assalamualaikum.


I always believe yang pakaian menutup aurat itu sangat comel ! 
Tak de guna pun kita pakai ikut fashion terkini, update dengan trend semasa kalau apa yang kita pakai tu hanya cantik pada mata manusia tapi tidak pada mata Allah S.W.T. At last, apa yang ko rasa cantik tu jugak lah yang menyebabkan cantik betul dosa kau bertambah.




Sekarang ni aku rasa banyak sangat fashion muslimah yang comel2, yang trendy, yang menutup aurat. Lagi comel kot. Dan tak dinafikan jugak, ada sesetengah fashion muslimah tu yang hanya menggunakan nama 'muslimah' semata2 walhal takde la muslimah mana pun. So, back to person yang wearing pakaian tu, kalau rasa kau pakai baju muslimah tu still ketat, sendat, or yang sama waktu dengannya, no point la kot pakai baju muslimah. Itu belum termasuk bab tudung lagi tu..huhu


Yes, i am not a good one. I pun banyakkkkkkkkkkk buat silap ! Manusia. Ada masa iman naik, ada masa iman turun. Ada masa kita di zaman 'kegelapan' dan ada masa kita ditunjukkan jalan yang 'terang'. Gaya masing-masing. Tapi sebagai manusia la kita kena saling tegur antara satu sama lain. Well, memang la kubur lain-lain. Tapi yang nak mandikan jenzah kita tu manusia a.k.a orang sekeliling kata kan?? 


Aku bukannya menulis sebab aku rasa aku ni baik dan dah lengkap dalam berpakaian or nak menunjuk yang aku ni hebat. Aku sangat berharap orang tegur aku kalau teguran tu sangat membawa ke arah kebaikan. Dalam proses membaiki diri. Sama-sama nak masuk syurga kan??


Salam :)


Wednesday, December 19, 2012

Quality


Assalamualaikum.

Sometimes, too much is not good.

People said don't mengeluh or whatsoever yang sama maksud bila kita menimba ilmu ni. Yes, i do sincerely in my learning. Kerana Allah (sentiasa perbetulkan niat). Kalau tak, takde la nak sambung belajar pe sume bagai kan.

But, for me (my friends also after we talk about this),
Too many assignments lead to low quality.
(Absolutely !)

When we have so many to do, we just doing it for the sake to finish.
At last, where is the quality?
Where the knowledges that we can get from doing all of assignments??

Hmmmmmmmm
-.-"


*******************

I Miss Super Saiya Al-Fateh Anaqi




Monday, December 17, 2012

Saturday, December 15, 2012

Even for a while.......



I think I should go out and have fun.
Should find and spend time for myself.

But...., I can't. Too busy !
Opss, let me rephrase back, much busy (extremely maybe).

So many assignments to do, articles to read. Test. As well as Final
Stay up along the nights (everyday? Hurmm..)
Pity of my body..sobsobsob :'(

My father always keep telling me this,
"Susah sekali senang selamanya (Abah, 2012)"
(beep beep....motivation level increase)



P/S:
Pray for me too friends. I just want finish  faster what i'm doing now.
In sha Allah..Amin.

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 (Untuk Abah)



Aku bet start pukul 12 tengah malam semalam ramai yang post status pasal tarikh ni kat facebook.
Tak kurang yang post 12.12.12 jam 12:12:12 saat.
Ada juga yang buat tarikh kahwin (macam-macam lagi lah).
Pendek kata, tetiba nombor 12 jadi bak retis meletup dan terhangat dipasaran.
 Apa tak nya,



Ada juga yang cakap,
"Ada apa pada nombor"
"Jangan agungkan nombor"
dan lain-lain


Tapi tak kisah la kan. Sebab setiap tahun seperti tahun-tahun lepas aku memang tunggu tarikh 12.12 ni. Cuma tahun ni jatuh nombor cantik pulak (what a coincidence ! ) 


Makanya (jeng jeng jeng), 

JUST FOR YOU ABAH !
 

 

MMS untuk Abah tadi :)

Dan Abah reply,
"Terima Kasih dari abah untuk anak abah. Jadi lah anak yang Solehah"
In Sha Allah...Amin



P/S:
Teringat masa 11.11.11 aku ada post cakap nak kahwin tarikh ni.
Tapi takde pon. So, propa semata-mata..haha


Tuesday, December 11, 2012

Ribuan askar Israel trauma dan bunuh diri


Assalamualaikum.

Baru lepas baca 1artikel dan aku rasa tertarik untuk berkongsi kat sini. 


(Posted by Mohd Adha Mohd Zain)


TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja. Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.


Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.


"Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.


"Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.


"Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka. "Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.







































"Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh. 


"Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.


"Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya," kata Bleich.


Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.


"Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri," katanya.

- KOSMO!



P/S:
Pembalasan. Macam-macam bentuk.
Kalau bukan secara fizikal, mental dan emosi pun bole.


Monday, December 10, 2012

:: Habis Final ::



Semalam habis final.
Hari ni start intersesi. New subjects. 
Homaiii, letih stay up berapa hari tak cukup tido tak hilang lagi ni. Tapi kata orang, ini lah pengorbanan.
(Pengorbanan orang kat Gaza tu lagi teruk kan..sobsobsob..)


Hari ni aku pergi sekolah (universiti) sambil bawak komik 'Gempak' dengan harapan tak de kelas. (macam budak nakal yang punyai cita-cita nak menjadi seorang lecturer)
Dan lepas tu aku dapat tahu memang takde kelas
(Dalam hati, berbunga..hehe)




Dan sekarang aku dekat rumah no. 2 (library), bajet nak lepak sambil tengok tv tapi takde cerita best.
Sekian..


P/S:
May Allah bless in whatever we do..In sha Allah..Amin :)




Assalamualaikum,


بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً

Terjemahan: 

"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."


Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain.


Jom ! Kita pakat-pakat betul kan yang mana perlu dibetulkan.
Sharing is Caring, friends :)


Wednesday, December 5, 2012

MASTER


Assalamualaikum...


Sekarang ni musim final.
Balik rumah sewa,
Panjat tangga tingkat 5 namun tak kurus-kurus. Galas beg sandang. Dekat tangan ada satu lagi beg bimbit kecik sambil pegang 1 artikel untuk dibaca.

Bukak je pintu nampak kawan-kawan tengah borak pasal exam dekat ruang tamu. Dorang pandang aku,

"Nampak sangat budak Master, dengan artikel kat tangan penuh highlight" (Jaizah ; budak rumah, 2012)


*************

Semalam da lepas 2 paper. Seriously pening kepala. "Tawakal is the best answer"
Masa nak balik terserempak la dengan budak kelas dekat car park. Pakat bincang nak penuhkan perut kat mana..Laparrrrrrr. Lepas decide sume masing-masing gerak dengan perasaan yang tak sabar. Aku naik kereta housemate jerrrr 

Sampai 1 selekoh tu, nampak la dua orang budak laki kelas aku tengah nak pakai helmet nak naik motor dengan ramai orang, muka berkerut dan dengan panas bahang nya lagi. Dan lepas tu aku tanpa segan silu terus 'wek wek' jelir lidah kat dorang ala2 macam budak tadika semangat tengah ejek kawan dorang tu. Act, aku pun tak tau apa motif aku buat gitu. Spontan !.  Dah la ramai orang tengok. Lepas kereta gerak, kitorang satu kereta pusing belakang tengok dorang tengah gelak-gelak..cehh. Mesti budak kelas aku tu fikir, "Mentang-mentang la naik kereta tak kena panas, tak payah menunggu, aircond siap, dia wek wek nye kita". Haha..Bila fikir balik rasa malu gila..Forgive me. haha

"Kalau orang tau ni budak master, orang pun tak percaya" (Azian ; budak kelas, 2012)



(AC7702B, With Lecture PM Arun: Advance Financial Reporting)



P/S: Ada lagi 2 paper on 8/12 and 9/12. Doakan ye kawan-kawan :)