KORANG KAWAN AKU

Tuesday, December 29, 2009

::BERMULA::

Assalamualaikum sume..anda sihat? harapnya sentiasa bahagia la ek.

Semester 6 dah bermula..3 hari bagi mereka yang hadir pada hari pertama class.
dan 2 hari bagi aku. sebab ahad pagi baru aku sampai sini.
kemas barang pe sume then tido tak pergi class.
*tapi kira dimaafkan sebab 1 kelas je pun + skarang pun ade lagi yang tak datang..heheh*


Alhamdulillah..
sem ni bermula dengan agak baik bagi aku.
kelas banyak start pagi..ade yang habis pukul 7. tido malam pun awal.
masih tidak dihujani dengan bebanan esaimen + projek yang berat.
terasa diri begitu tenang dan berada dekat denganNYA.
semoga rasa ini berterusan dari hari ke hari dan tidak akan putus..InsyaAllah.

Amin.

Monday, November 30, 2009

Friday, November 27, 2009

2 in 1


SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG
KINI KAU BERSAYAP PERGILAH TERBANG
*chop2! aku takde sayap nak terbang cane..kena guna kuasa kame hame ha kot..haha*



SELAMAT HARI RAYA HAJI
+
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21
*tambah bilangan sorang pengundi*



usia; semakin bertambah
di kancah kehidupan pengorbanan
sukar atau senang?
itu aku tidak tahu..

dongakkan kepala tanyakan pada yang 'atas'
sejauh mana perjalanan aku
kerna aku tidak tahu


*buat korang, selamat menggemokkan diri makan lembu..pasing sini sket kalau ade lebih. moo...*


Monday, November 16, 2009

hua3..aku malas!


Biasela kalau da last paper ni mood nak bace tu
macam dah takde je kan..

ape taknya, otak duk teringat nak balik je.
tambah tambah bila tengok ramai kengkawan yang da balik,
lagi la mood itu tarak.


Korang nak dengar satu cite tak,
ade la sorang kawan aku ni,
paper last 16hb..balik pun 16hb gak.
tapi yang aku tergelak besornya sebab die cakap paper die pukul 9-11..
tapi pukul 10lebih nak blah da,
sebab nak pergi kejar konvoi budak yang nak balik sama..

haha..sangat sangat la sengal die ni.
macam da confirm je dapat jawab abes sume pukul 10lebih..
haiyoo :))


last paper: company law, 18hb, 9- 12 p.m


Friday, October 2, 2009

keseorangan




lari lari aku berlari, sehingga berlarinya aku lari, berlari sehingga aku lari, lari sehingga aku berlari..kedebum! jatuh! lantas bangkit terus berlari


penat?

resah?

gempita?

gembira?

siapa yang peduli

..biar aku..


Friday, September 11, 2009

korang dah ada baju raya ke?


Setiap kali tiba musim perayaan,
soalan yang biasa diajukan mesti ni:
uhuk3

dah beli baju raya?
tema warna ape tahun ni?
buat ke beli?


Aku? attention pleaseee,
Takde baju raya lagi..hahaha


Nak kata tak cari dah dua malam keluar sebab cari benda alah ni.
sampai balik pukul 12 malam tu.
kalau kat umah buat gini confirm kena belebel gile2 dengan ayah aku.

mane tak nya,

Aku kan POMPUAN MELAYU TERAKHIR,
Photobucket
takde makna la nak kuar lewat malam ni.

*hahaa..korang ni! sekali sekala bagi la aku peluang nak perasan :p*





Maka dengan ini,
TO ABAH:
nanti akak balik kolumpo jom kita keluar carik baju raya. kalau tak nanti akak tanak raya. *boleh ke gitu? hoho*



p/s: sepatutnya dah janji ngan abang aku die yang kena teman. tiba tiba buat hal la pulak..nak balik ganu awal. sekeh laju laju kang...
Photobucket


Wednesday, August 26, 2009

::untuk seketika dan mungkin lama::




Ku lihat....
ku renung....

Untuk seketika dan mungkin lama
aku terlupa
akan kehidupan itu, perjuangan itu
dan saat saat yang pernah aku lalui
dek dunia kejam, momok, terobos

untuk seketika dan mungkin lama
aku terkapai kapai
hilang dibawa arus, mengongoi sendirian
mencari diri
megharap kasihmu kasihMU
ingin ku kembali padamu padaMU
aku yang jauh darimu dariMU


~YANG MAHA ESA, NAIM LILBANAT~



Saturday, August 22, 2009

::kuasa melantak yang hebat..jeng3::


Dengan ini, beta dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim

mengisytiharkan esok puasa!!!
horeyyy..akhirnya saat ini sudah tiba.
tapi lain pulak bagi adik aku,
"esok pose ek? cam tak caye je"

***********************


Orang cakap, sebelum puasa ni kita kena makan banyak banyak..
mana la tau kan kot kot mengidam masa tengah puasa.
termasuklah aku,
tak tau oh nape hari ni rasa macam banyak gila benda nak makan:

first masa tengahari tadi..
duk tengah online tetiba rasa nak makan kek.
aku pun punya la geledah almari makanan, peti ais, bukak saji tapi tak jumpa..
dalam hati cakap, donut pun takpe laa..
bukan setakat donut, ape pun tarak! sume aku dah sumbat sebelum ni.


last2 nak tau ape aku buat?? hehe..

sebab teringin sangat aku pun amik la serbuk milo tu ratah gitu je..
sampai la hilang mengidam :p
*tak lama lepas tu mak aku bawak balik eskrim. banyak gila makan :D*


malam ni pulak ingatkan nak kuar cari baju raya..dengan abang n adik.
bukannya baju raya yang kitorang cari.
pergi melangkah kat makanan pulak..
beli beli bawak balik umah.
malam ni saja makan banyak gilaaaaaaaa


*adik aku hasut suh beli*


*taraaa, dah tertunai hajat*


*daging itik madu: ni adik aku hasut suh beli jugak*

lagi + nasi minyak + air mangga..


bapak banyak makan! yang tak tahan sebab kitorang 3 orang je yang ngap. buat gini dalam seminggu confirm jadik belon
muahahaa :))

tapi bak kata adik aku:
SETAHUN HANYA SEKALI..*die tiro lagu raya tu*

ape punya setahun! padahal selalu je makan banyak.
pigidahhhh...

pagi esok kita bangun makan lagi yepp..
haip haip, untuk sahur. daku tak ponteng! haha
jom sahur :)


*siang tadi da makan nasi. siap bertambah*



Tuesday, August 18, 2009

::entri kali ni adalah baik sket..hehe::


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


hehe..panjang sket kali ni
sehat ke semua? sehatt cikguuuu......harap gitu la yer.
semoga kita dijauhkan dari virus H1N1 yang kian menular :)

InsyaAllah, kalau takde aral melintang, sabtu ni kita pose dah..
Tak sangka kan..rasa kejap je.
paling penting, aku pun sempat la jugak merasa pose kat umah sehari sebelum balik U :)

Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang suci..
dan kita sebagai umat islam digalakkan untuk beramal bagi memperoleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat kelak..
banyakkan berdoa, berzikir, sunat tarawih, dah menjadi amalan biasa bila datangnya bulan Ramadhan..

dan kepada student,
masa ni la kita boleh bangun malam..
buat qiamulai ke, then kita study..hehe

Apepun,
tak sabar nak tunggu bulan pose datang..

suasana die ni yang lain sikit..
suasana berpuasa
suasana menahan lapar dan godaan
suasana beli lauk bukak pose
paling penting, suasana bukak pose ramai ramai....haaa, ni yang paling best..






..SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA..
selamat menunaikan ibadah




Thursday, July 30, 2009

::cerita yang tak tau best ke tak :p ::


CERITA SATU:


kenapa lama tak hapdet? seminggu kot. sebab:
sangat sibuk.

esaimen banyak!

persatuan banyak!
takde masa.
broadband lembab sebab duk kat blok ceruk dunia.

ohooo, ini ialah antara sebab sebabnya..
lagi alasan??
maap kan daku :(




CERITA DUA:


*Aku dah delete..hehe*

CERITA TIGA:


Company law pulak. pertengahan kelas budak budak ni pasing gula gula.
first tengok kotak gula gula,


N: ehh, ni masa kecik lagi ade!
N: selalu makan ni masa kecik. die ade empat kan..hihi

oleh sebab terlalu teruja sebab lama tak tengok kotak sweets ni, aku pun lukis la...


4 bulat: konon konon cam ade 4 gula gula la. dan kedudukan die akan jadi gitu bila die berada di kedudukan terletak gitu.


pastu aku pun cite la dekat kak linda. die duk sebelah aku masa ni *lec tengah ngajar kat depan*

N: nah coklat..ade 4 biji lagi. die duduk elok lagi. amik la :)

hahaha..sebab ayat dan lukisan kotak ni je dah sebabkan aku dan kak linda ketawa gila tak boleh nak kawal.
dah la duk depan sekali! depan lecture pulak tu.
nak gelak pun tutup mulut ngan buku, ngan tisu.


sebab tak tahan sangat nak gelak aku lari keluar pergi tandas. lepas gelak kuat kuat lam tandas.
sampai habis kelas pun tak habis nak gelak..*bagi aku lawak..hihii*


CERITA EMPAT:

esok malam ade interview pengambilan baru ahli kelab UDMEC (UNIVERSITI DARUL IMAN EQUESTRIAB CLUB) .

aku salah sorang dari interviewer die. dan yang bestnya ialah, jeng jeng jeng....

sume ahli baru ialah lelaki! hahaha..*mereng suda tiba*


malam ni pulak baru dikeluarkan senarai nama sape yang layak untuk di interview.


1: alaaa saya tertido la kak. tak sempat nak hantar borang. ruginyaaaa

2: oh kak, saya dah cari merata rata senarai ni. rupanya kat sini..

3: pastikan orang dapat masuk ek.hehehe

4: seluruh board saya cari ni. ok kak, kalau dapat saya belanja tau. nak ape? mocha? *hoho..takpe takpe. nanti orang fikir suh belanja ape :p*


saya adalah jujur ok. muahaha :))


CERITA LIMA:

wahhh, nampaknya sangat panjang menaip ini malam.
mentang mentang dah lama tak hapdet. 

 
semoga mata kawan kawan tak berpinar pinar untuk membacanya.hehe..

okey. tata
nyte
.........


Saturday, July 18, 2009

::sick::


now,
injured
sakit sket kat bahagian pinggang



rest untuk seketika
tapi cikgu cakap yang stamina still nak kena jaga.
"awak nak kena selalu jogging"

tapi everything's fine,
takde sakit teruk pun
:)



Tuesday, July 7, 2009

::suatu hari yang memenatkan::


Alhamdulillah..selamat suda tiba di udm, di hostel baru, di apartment baru.
long journey. sangat letih ma ini hari..
dalam pukul,

5: sampai bus stand.
6: sampai udm. *6 lebih. semayang then rest sket.*
9: amik kunci bilik kat pejabat asrama.
9: pastu g blok lama sebab nak amik barang yang bertan tan beratnya. huh! sangat berat oh..kalau la ade skandal kat udm ni, mesti bole mintak tolong suh angkut barang same..hahaha

10:
masuk bilik dan mula mengemas. sapu, panjat, buang debu..dan yang paling penting, mop satu umah! ciri ciri housemate yang bagus.haha..bajet je minah ni :p



**ni my room. agak besoooo dan selesa..hoho. meja n katil aku tempat yang nyala lampu tuh. sebelah tu romate yang tak datang lagi. barang tu?? sume aku punya..hihii**


2: baru siap kemas. so tired.........
3: lepas mandi pe sume, hehe..masa yang ditunggu tunggu...tido! charge energy tuk kuda petang nanti..still kena pergi even penat gile.
5: ke stable kuda.
9: kuar pulak beli barang. masa ni baru dapat makan.
lapo sangat sangat oh! kalau kat umah, cakap je lapa mesti dapat makanan tros..nak balikkkkkkkkkk *homesick bakal tiba*

11: sampai bilik. oh, romate baru sampai. tak bape kenal lagi..tapi curik curik dengar da bertunang.hehe


**note board yang tak sempat siap lagi. tak tampal ape pun lagi. tapi, gambar umi ngn abah zaman muda dulu tetap ade. hehe..windu. oh, yang biru tu kuda punya :)**


satu hari yang meletihkan.
now, sangat sakit tulang, sakit orat..macam orang tua.
okey la ye kawan kawan, nak tido dah.
esok kelas pukul 8 pagi...


gud nyte sume..
sweet dreamz & sleep tight
salam.


Tuesday, June 23, 2009

::sabar itu separuh daripada iman::


Orang cakap selalunya kalau kita nak exam or final,
banyak sangat dugaan yang datang dan kita perlu tempuhi ia dengan penuh kesabaran




macam sekarang,
api tarak oiiiiii
api ade. letrik yang tade!

sekejap ade sekejap tade
dah baiki tengok tengok mampus balik.
berpuluh puluh kali dah ni.
ingat ni biskut chipsmore ke haa?



esok nak final.
power point and note sume lam laptop
hipotesis:
mampus laptop, tarak power point!

iyeee
ianya sememangnya menguji tahap keimanan, ketaqwaan dan ketinggian iman aku.
nurul farhanah, sile sabar ok!
baiklahh......


Sunday, June 21, 2009

::reading::

FINAL EXAM?
around da corner

again,
must read, read and read

the problem is,
nape susah sangat nak habiskan bace!
even 1 chapter sekalipun
selalu amik masa yang lama untuk membaca
*kerana membaca setiap patah perkataan?*



camne ek?
final stat 24hb
korang ade tips tak.? nak bace dengan cepat tapi boleh ingat dan masuk

wahai nuyu!
u must go on. get strong and keep it up.

haishhh
okey, read on


::ini hari abah::


Encik Mohd Yusof bin Othman
ini anakmu, Nurul Farhanah binti Mohd Yusof
yang terkenal dengan banyak karenah dan perangai,
ingin mengucapkan selamat hari abah buat abah
semoga panjang umur dan murah rezeki
*cam birthday wishes lak*


terima kasih sebab jaga akak dari kecik
terima kasih sebab selalu rotan akak *tiap tiap hari lak tu*
terima kasih sebab selalu basuh baju akak *sampai skang pun*
terima kasih sebab selalu sapu dan kemas bilik akak
terima kasih sebab selalu dengar akak marah marah
terima kasih sebab selalu layan akak merajuk *ayat selalu abah: ni anak abah umo 3 bulan :p*
terima kasih sebab selalu bawak akak pegi jalan jalan
terima kasih sebab selalu jadi bank dunia akak
terima kasih sebab selalu bawak akak kuar makan *nanti balik umah kite g makan tomyam eh*

terima kasih buat segalanyaa.......


bila abah berleter:
"abah ni selalu bebel. darah tinggi kang"


bila abah pesan suh belajar:
"iyeeee...akak tau la."


bila abah suh belanja :p
"takde duit..abah la belanja" *iye, aku jahat!*


abah suka makan kopok. dan bila abah suh goreng:
"alaa, nanti la." *petang baru aku masak*



dan yang paling aku tak boleh lupa bila abah mula perasan.
"ohh, hensem abah"
"kak, amik la gambar abah"
"tu umah gewe lama abah"
"kem slm kat makwe makwe abah"
"abah dulu ramai peminat"

adoyaiiii...adakah aku mewarisi sikap babah??
hahaha..sememangnya aku jahat!
oh ohh..tidak

send to abah:
Selamat hari bapa (^^)v

received from abah:
Salam. Tq dari abah. study rajin2 agar dapat pointer yang tinggi. agar jadi student yang cemerlang dan senang dapat kerja apabila tamat belajar nanti.

tulah abah..tak pernah lekang ayat die, "belajar rajin rajin"
tapi akak selalu main *mengapakah?*


hadiah untuk abah:
akak akan pastikan kejayaan ini milikmu
insyaAllah

luv u foreva n eva

p/s:
hari ini akak ingin mengatakan yang abah sememangnya hensem. patut la anak die ni lawa *warisi sikap abah?*


Saturday, June 20, 2009

::sengal menyengal::


korang penah hilang kad bank tak?

aku tak penah hilang..tapi hampir hampir hilang ade la
semalam,
pae a.k.a roomate ajak pergi bayar yuran short sem
dengan tak semena semena aku terpaksa bawak moto
hohoo..scary :p

aku bukan la pemandu haram. lesen dah ade.
tapi tak bape pandai oh


nak dijadikan cerita, kad bank islam aku hilang.
cari punya cari still tak jumpa.

geledah loker, beg, angkat katil, laci, celah buku...

waaa..debar tahap bewok dah ni.

camne kalau betul betul hilang?

camne kalau ade orang jumpa?

camne kalau ade orang godam?
camne kalau ade orang amik duit?

camne kalau tetibe aku tengok bank: baki anda ialah 0.00 sen!
dah la duit biasiswa sem depan punya da masuk

arghhh..shit!


pae: takpe la, guna duit pae dulu.
pae: nanti kita balik, cari balik semula.
oh, sebelum tu,
pae senanye nak guna duit aku dulu. disebabkan benda alah ni hilang aku lak yang guna duit pae..hihii

sebelum keluar dari bilik,
doa menaiki kenderaan: bismillahirrohma nirrohim....amin!

aku pun bawak la dengan suka hati + penuh debaran

nak dijadikan cerita..masa tengah jalan tu,




*ini ayat pae*:
dah la drebar bru dpt lesen.
walaupon aku da lma x bwk moto,
tapi aku rasa konsep moto ni sme je ng kete.
time slow, kena guna gear rendah
nak corner ke, baru lepas bonggol ke etc..
tapi minah nie
*aku la tu*,
gear 3 je memanjang.
blom start moto da psang gear 3.
pastu gelabah lagi, nape moto xleh gerak.
cmne nk gerak sayang oiii, matikan gear tu dlu

masa nak lintas jalan pny la lma..
al maklum laa..drebar baru.
yang xtahan nya, sbelum nek moto,
nuyu pesan awal2 lagi,klu ada pe2 jadi,sorry yea..
xpe2, pae
mengucap da sbelum nek moto tu..kui3

hahaha.. cengkodok ayam betul!
takpe takpe, masa ni tak pandai lagi..
nanti tengokla, siap masuk formula 1 ni!

haha :p


pasal kad bank tu,
malam terus geledah cari
. dannn.....
yeay! da jumpa!!!! hahaha..
die terselit dekat kertas di celah baju

lain kali aku nak letak cip kat kad tu
.
kalau hilang lagi, bole miscall je

kesan dari kad bank hilang tu,

aku dapat panggilan baru dari minah pae nih,

LOKLAK, LALOK, LAGHA, TERBOLAH

sekiann..
p/s:
kalau kad bank hilang pastu kita renew,
die tuka no akaun tak?
kira die blok la kad dulu kan?
password bole same dengan kad dulu tak?


Wednesday, June 17, 2009

::ESAIMEN,QUIZ,TEST,PRESENT


waduh waduh kok

udah mampir 3 hari ngak ngepost
gimana dong? bisa gawat gini..
hohoo *kalau salah ayat buat tak tau je k*


pertukaran bahasa, TRANSFORM! *otomen*
hehe..banyak sangat kerja skang ni.
dengan esaimen nya, quiz la, test dan presentation.
bertubi-tubi..

dan esok sepatutnya takde kelas..
tapi sebab nak habiskan presentation,*ekonomi islam*
maka, dengan ini anak bulan telah kelihatan
wahahaha :))

takde la, esok sebulat suara cakap nak buat kelas..



kumpulan aku first present sok..
tajuk kad kredit menurut islam.
haaa, sape guna kad kredit kat sini??????


baiklah anak-anak,
kad kredit menurut islam ini sebenarnya HARUS,

tetapi disebabkan cara pembayaran yang mempunyai tambahan (RIBA)

maka, hukumnya akan jatuh kepada HARAM!

haram ye anak-anak...HARAMMMMMMM


dan kalau korang nak guna kad kredit jugak,

molek lah kiranya menggunakan islamic punya kad kredit.

sekarang kan dah banyak kad kredit islam yang dikeluarkan..

lagipun, banyak keistimewaan kad kredit islam berbanding konvensional.

okey, setakat itu saja tuk hari ni.

nak prepare lak. berdebor je esok..

tapi sukeee :)


Sunday, June 14, 2009

::ekonomi islam::

esok
TEST
ekonomi islam
cayok cayok
(^^)v



bermain bersama 'ibu terbang'
:)


p/s:
abaikan tulisan cakar ayam itu
hehee


Friday, June 12, 2009

::PARKINSON::


baru balik meronggeng sama itu kuda

pagi pergi
tengahari balik
petang pergi
senja balik
*oh anak dara tak baik balik lewat tau*

pagi angkat pasir, jadi buruh kontraktor sementara
penat oh!
tangan jadik parkinson
suh pencen dari parkinson,
tanak!
bergegar dan berketar..hoho


*tangan pae pon sibuk nak masuk :p*

tengahari mandikan kuda..*yipee :)*

petang,
meronggeng ke teluk ketapang
susah mau kawal itu kuda
die excited weh ramai orang!
siap pasang pasang lagu lagi..nak menari ke?
balik stable main lagi
hadoiii la

turun dari kuda,
hambik ko..gile lembik lutut!
pagi tangan parkinson, petang lutut parkinson



oh lupe.
ini kasut sudah lama tidak basuh *kuda punya*
itu seluar sedikit lama..*bukan pengotor weh*
malas sket nak basuh..takot tak sempat kering nak guna esok hari..lalala~


Thursday, June 11, 2009

::terbayang ia::

Bila kita tengok cite seram
cite han tut tut,MySpace
kita akan menjadi takot..hoho

dan ketika itu,
jalan sorang sorang tengok kiri kanan.
pergi tandas pandang atas bawah.
balik dari tandas cepat cepat berlari masuk bilik
*berlari itu bagi mereka yang tinggal di hostel ye*

masa nak tido pulak terbayang bayang*seram oh*
ada ketika sampai mimpi mimpi
konon kena kejar ngan han** la,
termimpi cite die la..


hambek ko.
penangan tengok cite seram..huhu

baiklah,
perlu membaca ayat kursi dan selawat sebelum tido yea :)
mudah mudahan terhindar dari segala gangguan
AMIN..



p/s:
cam takot je nak sebut perkataan han tut tut malam malam ni..
sebab itu ia di ** kan..hihi :p



Thursday, May 28, 2009

::spot cek::

Situasi,
aku: sedang enak dibuai mimpi
pae: makan.

krekk, pintu dibuka tanpa sebarang ketukan*sound efek*.

dia: bakpo pakat tido belako nih?
terus tersedar..tapi tanak bukak mata..tutup rapat rapat!
Photobucket
dia: awak makan ape tu?
pae: megi tomyam.
dia: awak masak guna ape?
pae: terkedu kot masa ni! ermm, heater.

siapa dia? orang pejabat asrama! 3 orang kalau aku tak silap.

dia keluar je, terus bangun nak tengok ape yang jadi.heyyaa..,ade spotcek la pulak..tengah sotsem ni! dari satu bilik ke bilik yang lain. dari satu aras ke aras yang lain. naik sambil bawak guni*dalam tu ade periuk budak budak aras bawah kot*

k.izan: ado gapo dale guni tuh?
dia: ular sawo!!

hahaha..nak tergelak duh dengar. jawapan yang ringkas dan padat tetapi mampu menggeli hatikan. sampai je kat bilik bernombor 'tot tet tut',

dia: haa, ni jupo doh sape hok masok ni!
kawan: terkejut!
dia: sebelum awak masak, meh saya nak ajar masak.
dia: awak masak ape?tomyam? *gaya menulis mcm org nak amik order*
kuar ko!
kesian,sebab die tengah masak masa tu. sorang sorang pulak tu dalam bilik..then, pandang orang ostel sambil tangan still mengacau makanan dalam periuk. korang boleh imagine tak? fikir balik agak kelakar jugak ah situasi masa tuh. ye la, tindakan drastik kan..tapi gitu la*kawan itu dirahsiakan namanya*

sume no matrix telah diambil..5 orang yang kena. pae yang masak guna 'heater' tadi pon kena :p. tindakan yang dikenakan? itu tak bole nak cakap lagi..sebab tak tau!

kesimpulannya,
semua periuk telah dirampas..'mahu makan ape pulak kanak kanakk?'
'tak tau cikguuu'...

tapi satu benda yang amat aku syukuri, periuk ku selamat dari sebarang rampasan..hahaaa. syukur. korang senyap eh! jangan report kat pejabat asrama tau. kalau tetibe ade orang datang serbu bilik aku, tau la sape yang merepot repot nya..sekiann
Photobucket

Tuesday, May 26, 2009

::hilang ia::

keSEJUKan
mengigil gigil
mencari cari
oh, dimana kamu!

daku kehilangan nya..
mencari cari di setiap pelusuk bucu dan dinding
namun tidak jua ku temu
oh setokin ku!!
sejuk ni! hujan disini k. cari lagi tapi tak jumpa
sebagai balasan,amik yang lain..


dan bila ianya digabungkan,

ohhoo..look nice kot :D
bukan sepasang!
bagi sesape yang menjumpainya*si oren* mintak pulangkan kepada pihak yang berwajib..(^^)v
sampukan:
pae: makan laksam tuh.
pae: kembang kang!
malam malam makan laksam.time kacih to pae..hehe


Wednesday, April 29, 2009

::latest about sotsem::

Okeh BAC, ade latest news about sotsem..
bace sini!

bak kata puan yasmiza,
ade dua:

SAMA ADA EXTEND atau..
AMIK SHORT SEM
extend tu bukannya sampai sem 9..tapi 10.
sanggup ke? Photobucket
eeeeiii...dengar je pasal extend mengucap panjang teros
tak sanggup wehh..nak ke tua kat sini?
kalau sedap tak pe gak..ni hampeh..huahuahua
**jahat ngutuk u sendirik**

kalau amik sotsem:

  • TARIKH : 10/5 ---> 27/6
  • UBS : Petang
  • YURAN : Yuran tuk ostel je..perkhidmatan tak masok **mintak-mintak x jadi cam sem lepas, pihak kewangan buat hal**
  • SUBJEK : Ekonomi Islam dan Accounting Information System (ais 1)
  • OSTEL : Tak tetap lagi k..

Jadual tak buat lagi..tapi puan akan cuba tuk buat kelas kita pada hari ahad sampai rabu. Tu je maklumat terkini yang aku tau setakat ni..kalau ade pape perubahan, nanti cite len kali ah..hoho. okey...jom mamam. lapo!

senyummmmmmmmmm :D

Photobucket

Tuesday, April 28, 2009

::short sem??::

short sem?
short course??

membantu? of coz..!
tapi bagi insan-insan yang nak cuti ianya akan menjadi sesuatu yang membebankan..
kalau banyak sangat problem, contohnya:

  • tak tau nak duk ostel mana
  • serik? mungkin! **yuran + kemudahan + ape-ape lagi..**
  • letih dah nak amik :(
  • kenapa tak boleh digabungkan saja subjek ais macam junior amik
haiyooo....
tak reti nak komen maaa!
banyak sangat masalah la..tak tau sape nak ngajar la..,
U macam-macam la! menci..!

banyak pendapat yang keluar dari mulut student..

BAC, please leave your comment here..
pandangan korang mengenai shortsem ni...
SAPE NAK AMIK SHORT SEM,AMIK..SAPE TAK NAK,TAK YAH.
boleh ke??? urmmmm...!!!!
p/s:letih dah nak pikir..makan megi lagi bagos..huhu

Sunday, April 19, 2009

::saya budak 4 flat::

eh korang!
ari ni 1st final paper aku
teka ape yang aku rasa..
gumbira?
tak menyabar-nyabar?
**perasaan di atas bagi insan-insan yang dah ready k**


bedebar tahap cipan ni! ..*kesian cipan*
korang bedebar tahap ape ek kalau nak exam?
ke x debar langsung???
hebat-hebat! haha :p
korang takpe la power..
tapi kan aku pun power gak senanye..*perasan kejap*
cuma malas aku melebihi segalanya
kalau lah mak ayah aku tau anak die malas??

flashback ok!,
kecik-kecik dulu aku selalu kena kejar ngn rotan..pastu tali pinggang..kena kurung sebab begaduh ngn adik adik aku..kena berdiri ngn abang aku kat tepi almari sebab ayah aku suh hafal sifir..padahal darjah 1 lagi masa tu. abang aku lak 6 tahun..kalau salah dan tak siap kerja sekolah aku tak boleh makan!

tapi sekarang ok!
benda tu sebenarnya mendidik aku menjadi seorang yang baik..
ecece~~~baik ke?? kikikiiii...
k la,
nak cau lu ah korang..
sambong bace la pulak
paper aku pukul 2.30..korang doakan aku bleh jawab ek!
heheheee..
pesanan penaja,
jangan bawak toyol dalam dewan pekse!
:)