KORANG KAWAN AKU

Saturday, December 17, 2011

::KISAH KEROJE::



Mula mula takde la banyak kerja pun.
Nak tweet pun sempat.


 


Makin lama makin banyak kerja.
Biasa la tu..




dan semakin banyak file.

"hai file, kita kawan baik kan?
sudikah awak jadi cinta hati saya?"


File: tak sudii !
Tskk. :'(




Selamat la ada cinonet yang takut cicak yang kadang kadang datang ofis.
bola la kita bermain bersama.
weeeuuuuuu~~




Ok. 
Tata
:)



Thursday, December 15, 2011

::QUE SERA, SERA::



Assalamualaikum.


Duduk dekat ofis layan tenet sambil buat kerja, tangan rasa gedik nak on Youtube.
Tetiba terrrrrtengok la 1 video ni.


Video ni menunjukkan sekumpulan kanak kanak OKU yang membuat persembahan koir di hadapan ibu bapa dorang. Korang boleh tengok. Its really touch. Aku tengok pun da rasa nak mengalir air mata..wuwuwuuuu~~~

*Boleh stop lagu kat side tepi tu untuk play. thanks ^^*





"When I was just a little girl
I asked my mother what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future not ours to see
Que Sera, Sera
What will be will be.

When I was just a little boy
I asked my mother what will I be
Will I be handsome, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera
Whatever will be, will be
The future not ours to see
Que Sera, Sera
What will be, will be."


P/S:
"Mereka punya harapan dan perasaan"


Tuesday, December 13, 2011

::HEPY BESDAY ABAH::



Message untuk abah:

"Babah,
Selamat hari tua abah. Jangan garang garang. Malam ni abah belanja makan.
hehe"


Abah reply:

"Terima Kasih anak abah"


12.12.11:
Hepy besday abah, Mohd Yusof b. Othman.
Semoga Panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.
insyaAllah.
amen




Tahun depan 12.12.12
besday abah sama dengan tarikh aku kahwin. lalala
*ok, ini propa*
:)



P/S:
Abah punya besday, abah yang kena belanja..haha


Tuesday, December 6, 2011

::SIBUK::



Kesibukan sememangnya menghalang kita untuk bersuka ria dan melakukan aktiviti yang kebiasaannya dilakukan sebelum ni.


Sibuk tu takde masa.
Sibuk itu kadang kadang memeningkan.
Kadang kadang meletihkan
dan semestinya penat.


Oke, penat dan letih tu lebih kurang kot
*garu kepala*


- My love Mantap'ians -
Yanti takde masa ni.



- Makan makan : di Shukumvit a.k.a Sup Kambing-



Tapi sebenarnya sibuk tu bagus jugak bila kita memang takde apa nak buat. Bagus untuk mengisi masa lapang, dan bagus untuk perkembangan otak bila kita buat sesuatu kerja yang menyebabkan kita perlu untuk berfikir.
Ye la kan, tak kan nak duduk membuntang mata je kan.


Macam aku sebelum ni duduk rumah jadi suri rumah terhormat sampai gemok gemok da ni haa..pipi pun da tombam.
Tapi bila dah kerja ni ok je. Tapi sebenarnya makin gemok pun ade..hahahah.
 Kerja duduk dalam office menghadap laptop dan dibawah aircond. Memang membina lemak..


Dan kesibukan ini juga lah yang menyebabkan aku jarang untuk menghapdet blog.
*ni je tujuan utama nak cakap sebenarnya*
Hahaha

Ombak Rindu pun aku tak sempat nak tengok lagi ni..
cehh



- Cyber Troopers : Hotrel Crystal Crown -



- Majlis Sesi Ramah Mesra bersama Timb Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Ibrahim : PWTC -



Till then,
chill

:)


   

Saturday, November 26, 2011

SALAM TAHUN BARU 1433h



Salam 1433h

Selamat Tahun Baru

Selamat Hari Lahir:
Nurul Farhanah binti Mohd Yusof
:)





Act,
sangat terkesan dengan tahun baru kali ni.
Permulaan tahun baru sama dengan permulaan umur baru.


Alhamdulillah,
masih diberi kesempatan untuk menyambut tahun baru dan umur yang baru.


Terima kasih Allah :)

alhamdulillah.
alhamdulillah....
alhamdulillah.........


P/S:
Cry. tears. touch.



Monday, November 21, 2011

::BESDAY TERGEMPAR::



Adik: Bila 1 muharram?
Umi: Besday akak 1 muharram la. tahun baru.
Adik: Haaa..hari ni la 1 muharram *sesuka hati dia je*


Ayah aku yang baru lepas sembahyang cepat cepat:
"eh besday akak ke hari ni??"


(Adik ngn mak aku pulak cepat cepat masuk bilik datang kat aku.)


Adik: Abah ni besday anak sendiri pun tak ingat.
Umi: Shhh senyap. jangan cakap apa apa dengan abah. biar dia perasan sendiri. Umi nak tengok bila abah perasan.


(Semua ketawa.)


Tetiba abah masuk bilik.


Abah: Nape tak cakap hari ni besday akak? 
Aku: Saja tak nak bagitau abah.
Abah: *dengan gaya confident level yang sangat tinggi*, 
HEPY BESDAY AKAK !

HAHAHAHAHA
kecoh rumah aku yang hari ni besday aku.
dan sampai sekarang abah tak perasan hari ni bukan besday aku..hehe




Thursday, November 17, 2011

::DIFFERENT MEANING !::

Repost : Janggoat 
;p

********

Ramai org salah paham antara childish dengan matured.
matured lebih kepada cara berfikir.
childish adalah org dewasa yg kebudak-budakan.

org yg childish tu tak semestinya tak matured.
childish tu sifat atau character seseorang.
igt senang ke nk ubah?

Monday, November 14, 2011

::TADAAPA::


Ade banyak benda nak tulis.
Ye, memang banyak.
Tapi termenung punya termenung, pandang dinding punya pandang dinding,
Last last takde ape.

Kesimpulannya,
mengarut dekat twitter saje.



P/S:
Aku rasa blog ni dah macam bukan blog lagi dah.


Saturday, November 5, 2011

::SELAMAT KORBAN !::



Assalamualaikum.


Alhamdulillah da selamat sampai kampung tercinta a.k.a tempat aku dilahirkan, Jertih, Terengganu setelah lebih kurang 10 jam perjalanan..Standard biasa perjalanan dalam 7 jam tapi disebabkan musim perayaan, sendiri faham je la jem dia yang mengalahkan jem kat KL.


Sekarang baru pukul 9.02 malam. Tersangat la awal lagi.
Tapi nampaknya abah, umi, nanan dan wewek semua dah berada di alam mimpi masing masing.


Sepupu sepupu pulak ada yang main bunga api,
yang kanak2 seronok berkejaran *aku rasa macam nak pergi join je..bila lagi nak merasa awet muda. haha*
plus ada jugak yang akan sampai kejap lagi.


Dan,
sekarang dah 9.08 malam, dah menguap.
Penat macam orang yang bawak kereta walaupun aku hanya duduk sambil mulut pot pet tak berhenti. Langsung tak tidur sepanjang perjalanan kot..
Terbaik lah farhanah kali ni ! haha


Baiklah,  akhir kata,
Salam Aidiladha 1432H.
Semoga ibadah korban dan ibadah kita keseluruhannya di berkati dan diredhai oleh Allah S.W.T
Maaf Zahir dan Batin
:)


Eh kejap2,
buat kawan baik, saya rindu awak.
kata kawan baik..mesti la saling rindu merindu..haha. Selamat berkorban ^^


Sekian.



P/S:
Tadi dengar takbir. Tiba tiba rasa sayu yang amat..sangat menusuk.



Monday, October 31, 2011



Aku rasa sejak kebelakangan ni aku senang nak terasa dengan orang.
Kes ketuaan ke ape?
Tapi takpe,
selagi sabar ada dalam diri,
aku rasa semua akan ok..
walaupun kadang kadang rasa perit sebab tak tahu nak cakap macam mana.


Takpe takpe,
its ok :)

Sunday, October 30, 2011

::Terengganu maju.....impianku::



Semalam:

Terengganu Kalah Lawan Negeri Sembilan.
Ohhoooo hoi !



Tapi takpe,
Dah juara Piala FA.
Naib juara Liga Super.
Naib juara Piala Malaysia.


Kau ade??
Haha. *ayat penyedap hati*



P/S:
Mereka berkata,
Menang kalah adat permainan. Yang penting support team ^^v



Monday, October 17, 2011

::JUMPA KAWAN UMI::



Pergi jusco wangsa maju dengan abah dan umi.
Abah yang bawak kereta.
Masa nak cari parking tetibe nampak kawan umi lalu kat depan.
Cepat cepat je umi tekan hon.

Disebabkan cermin kereta ade sedikit tinted, so kawan umi tu tak nampak + tak cam la sape yang ada kat dalam tu.
Siap buat muka macam nak jeling lagi.
hahaha


Lepas tu kitorang cakap dekat abah:
"Habis la bah, mesti dia ingat abah nak mengorat die..haha"


abah pulak balas:
"Mesti die ingat abah nak ngorat die"
"Berat umi awok ni"
"Umi mengkhianati abah !"


Semua tergelak..haha



Friday, October 14, 2011

::LINE LEMBAB::



Assalamualaikum.
Hi guys.
sihat?


Sekarang line internet berada pada tahap kuasa kuda yang paling lambat dan lembab bak kelembaban semulajadi..Kuda berjalan jalan anak mungkin.
Makanya, disini  apa yang aku nak cuba nyatakan ialah,
aku sedang mengalami sedikit kesulitan untuk menghapted blog.
*Sebarang kesulitan amatlah dikesali*


Hehe.
Till then,
berhidup dengan baik okai.



always chill !
:)





Wednesday, October 12, 2011

::................::



Sesuatu yang selama ini menjadi kerisauan,
dah 90% terjadi.
Tunggu je la apa jadi dengan 10% tu.





......................
hilang kata kata.
tak bole nak berfikir.
buntu.



P/S:
kenapa mesti kat situ????? tensi.


Tuesday, October 11, 2011

::HAHAHAHA::



HAHAHAHAHA !


Dengan 1 perkataan,
boleh menipu mata yang memandang.

Dengan 1 ayat,
boleh sembunyikan apa yang sedang dirasa.


Kadang kadang bila sampai satu keadaan, aku rasa aku tak kenal diri sendiri.
Aku ingatkan aku ni kuat. 
Iye, bajet kuat. dan cuba untuk nampak sennnntiasa gembira !
Tapi rupanya aku ni lemah orangnya.
Makin tua makin sensitip.

Macam biasa la,
dalam hati sape tahu kan.
Hahaha.

Dan kadang kadang ada cerita yang aku rasa aku patut untuk berkongsi.
Ye la, orang kata, kalau kita rasa macam terbeban dengan sesuatu,
kalau kita bercerita boleh kurangkan sikit beban tu.
Sekurangnya la..

Tapi yang menjadi masalah,
kenapa aku tak reti macam mana nak bercerita.
Tak tahu nak mula dari mana.
Tak tahu nak berakhir dekat mana.
Kalau bab mengarut no 1 kot..haha
Susahlah kau farhanah !





P/S:
kadang kadang kita rasa senang nak faham orang lain,
tapi susah nak faham diri sendiri.



Friday, October 7, 2011

::JUMAAT::





Kalau saya salah,
Tolong tegur.


Jangan biarkan saya.
SAYA JUGA MAHU KE SYURGA
:)







Wednesday, October 5, 2011

::2 HARI::



2 hari
di UiTM Shah Alam
(ade hal nak selesaikan masalah negara)


Special thanks to;

Yanti
(sebab bagi tumpang bilik, merempit bersama untuk cari makan malam malam + ulang alik padang jawa)
Amirulzaki
Salim
Nuek
Zaim
Daus
Apple
(geng melepak)
Budak bilik yanti
Farid Isa a.k.a bawang
(kawan baru. kira thanks jugak lah :p)


TOCHE !
ARIGATO !
:)

*note untuk yanti sebelum balik*




Monday, October 3, 2011

::SILA BAGITAHU::



Assalamualaikum.

Sekadar ayat penyata..
Omongan? Mungkin.


Hai kawan,
hai sahabat,
hai teman,
:)

Kalau ada sesiapa rasa tak suka saya,
ada tak puas hati pada saya,
tolong bagitahu k.
Tolonglah bagitahu sebab saya tak tau kalau saya ada silap.


Kalau ada nak tanya apa apa, 
sila tanya k.
InsyaAllah saya akan cuba jawab, selagi saya boleh.
:)



P/S:
Jangan cakap belakang  k..nanti lain jadinya..hehe.
Minta maaf kalau saya ada silap :)


Saturday, October 1, 2011

::BIAR....::




"Pada saya,
biar dia salah sangka,
biar dia salah anggap,
biar dia salah menduga,
biar dia tahu yang buruk,
sebelum dia mengharap yang baik baik.

Kalau dia ikhlas,
dia akan sedia menerima kekurangan yang ada,
dari hanya mengharap yang baik dan sempurna.

Apa guna menghabiskan masa menujukkan kebaikan,
bila dia tak boleh menerima kelemahan dan kekurangan?




Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini.
Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi expectation dia yang tinggi melangit itu.
Biar dia tahu, saya pernah punya masa lalu, namun saya masih punya masa hadapan.
Biar dia tahu. Biar dia buat keputusan.

Supaya dia tak rasa tertipu.
Supaya dia tak menyesal kelak.


Trust HIM More :)



Friday, September 30, 2011

::JOGGING SAMPAI LEBAM::



Assalamualaikum.

Pagi tadi aku bangun awal dengan semangat yang waja sebab nak pergi jogging.
Tak jauh pun. Kat tasik titiwangsa tepi rumah aku ni je.


Kali ni pergi dengan abah. dan biasanya abah akan jogging sampai 3 pusingan lepas tu bersenam sikit dan barulah balik.
Aku pulak, hehee...... :p


N: Bah, kalau ikut satu pusingan ni berapa kilo?
(kilometer ! bukan kilo jual ikan)
A: Dalam 2.4 km
N: Abah nak buat 3 round la ni?
A: A'aa, macam biasa. Akak?
N: Akak rasa nak buat 1 pusingan je. sebab lepas tu nak pergi jalan kat dalam ni pulak.
A: Sikit sangat tu.
N: Alaa.., biasanya lepas lari 1 pusingan akak dah penat lepas tu rasa macam malas nak ulang dah.
A: Ni la dia, ketahanan mental lemah ! Tak bersemangat !
N: Eh ape pulak..
*hambik ko, sebijik kena atas muka ! hahaha*



Lepas kena sebijik atas muka tu aku cuba la cabar diri aku untuk lebih dari 1 pusingan.
Awal awal ingat nak lari terus..tapi abah suruh jalan je. Jalan pun dengan kadar yang laju la.
Tapiiiiii,
even jalan laju pun aku tetap kena tinggal kat belakang.
Makin lama makin jauh..cehhh
*Adakah golongan umur sebegini memang jalan cepat atau mereka punyai kaki yang panjang atau aku sebenarnya yang tak layak untuk masuk sukan komenwel dalam acara 'lumba jalan kaki'?? grrr..*



Masuk round ke-2 aku dah start lari.

N: Babai bah, akak lari dulu. Apa apa tepon.
*bajet power sebab boleh pecut abah*

 .
.
.
.

And finally, 
I've made it !
2.4km tanpa henti !
Peduli la korang nak cakap "2.4km je pun..aku boleh buat lebih tak kecoh pun.."
Yang penting aku berjaya cabar diri aku sebab dah lama tak lari..haha
*hidung harusla kembangkempis*


Tapiiiiiiiiiiii
yang tak bestnya,
lepas je berhenti lari tuuuuuu, Ya Allah tuhan je la yang tau.
Serius tak nampak ape. 
Kepala dah pusing, pandangan da berbalam balam je, nak bernafas pun susah. nak pengsan !
Cepat cepat tarik nafas..pun tak jadi jugak. serius nak jatuh.
Jalan cepat cepat.
Cari port yang ada makcik makcik sebab kalau aku pengsan abah tak jumpa cari, makcik tu ade untuk perasan.
Pegang tiang.
Jatuh.


Selang berapa minit lepas tu aku nampak abah. Syukur gila rasa masa tu..Alhamdulillah.
Jerit panggil abah. tapi abah tak dengar. Aku nak jerit pun tak larat.
Usaha bangun cepat cepat.
Then abah perasan.
Mintak kunci kereta sebab nak rehat.



Tapi takde la rehat sangat pun lepas tu.
Duduk sorang sorang tengok orang jalan sambil kadangkala ditegur oleh pakcik pakcik dan kaum remaja.
hehe :p


Alkisah disebalik tu, 
masa tengah lari tu pun aku dah rasa kaki macam sakit je, dan ada penat sikit.
Tapi berkeras tak nak berhenti.


Ok dah. tu je kali ni. aku tengah penat.


..............................

*titiwangsa* ;









(Best picture yang sempat tangkap untuk hari ni)



(abah)







P/S:
Mesej yang nak dihantar pada sorang kawan masa berhenti lari tu..Tapi tak terhantar sebab tak larat.
"Yes, 2.4km tanpa henti..Aaaa ya Allah, skarang rasa nak pengsan"

Thursday, September 29, 2011

::LOVE::



Enough said,

I have them.










Adik Beradik FC.
Thanks
:)



Wednesday, September 28, 2011

Tuesday, September 27, 2011

::27 SEPT::




Sekarang,
ada kerja baru.
*dua hari berturut*

Jadi peneman orang buat 'kerja'.
Tetiba rasa nak belajar balik la.
Oh master.


 *Ambik kau. betapa dasyat lecturer aku mengajar. tahap PHD ni*




Sunday, September 25, 2011

::INI UJIAN::



Bila aku SAKIT,
Aku tau yang aku sedang diuji.

Bila aku SEDIH,
Pun aku tau yang aku sedang diuji.

Dan walaupun aku tengah GEMBIRA dan BAHAGIA,
Aku tetap rasa aku sedang diuji.


Ye la, mungkin DIA nak tengok sejauh mana aku tetap bersyukur kepadaNYA dengan segala nikmat yang telah diberikan. 



Kesimpulannya,
Allah sentiasa menguji kita sebagai HambaNYA.
Sebab?
Sebab Allah sayang kita la.
Perasan tak, kalau kita sedih, sakit ke ape, masa tu baru kita nak ingat Allah.
Kalau tak, mesti kita asyik leka je kan.


Tapi yang penting,
Jangan cepat melenting atau mengeluh.
Kenapa?
Sebabbbb.....
Allah tak kan uji kita sekiranya kita tak mampu hadapi sesuatu ujian tu :)


Haaa,
Tu menunjukkan yang kita ni kuat ! Kan kan.
Sebab tu Allah uji kita. ok?
Chill ^^





P/S:
Terima Kasih, ALLAH



Saturday, September 24, 2011

::DOA-1::


Assalamualaikum.


Bismillahirrahmanirrahim,





Amin.
:)

Friday, September 23, 2011

::MASUK BERITA? HAHA::



Firstly,


*Find me? 
Clue: Yang paling depan dan beriya sekali..haha*

.......


Semalam keluar sekejap dan balik malam.
So bila sampai rumah dan otak pun dah 'penat', duduk je kat katil opkos la terus sampai ke bulan.
*sory untuk sesape yang mesej semalam tapi aku tak reply*


Pagi ni bila bangun tido, 
on laptop,
online.
Bukak je muka buku,

terus la nampak benda ni,

*Klik untuk tumbesaran*


Haha,
Ok. memang diakui. Gambar tu jelas menunjukkan aku memang bersemangat dan mencapub sebab dah la depan sekali, lepas tu siap angkat dua belah tangan lagi.


Alkisahnya sebelum tu aku + budak kelas aku yang lain duduk sebelah lain. Tapi bila kitorang dengar je geng yang 'hook' biru tu sebut, 
"Eh, gambar berita !",

Apa lagi, terus la kitorang berlari dengan kuasa kuda dan cepat cepat menyelit duduk depan sekali tanpa menghiraukan sape yang ada kat belakang..Tak kisah la, janji masuk muka dalam tu..haha
*terlalu beriya..cehh*


*Atas: gambar classmate aku yang lain. tapi aku takde la*


Dah, tu je kali ni.
okbai
:)




P/S:
Act berita ni main point dia mengenai prasarana yang
sedang giat dibangunkan di dalam UniSZA. Tak sempat aku nak merasa lebih.



Wednesday, September 21, 2011

::TIMMY TIME::



Sekarang ada satu lagi kartun yang aku rasa best untuk aku layan.
"TIMMY TIME"





Kartun ni mengisahkan gelagat sekumpulan anak binatang yang pergi sekolah. Ada burung hantu, kucing, itik, anak kambing biri biri. Serius comel ! haha



Adik aku selalu cakap,
"Akak ni nanti takpe la, kalau ada anak tak payah susah nak berebut tengok TV. Semua tengok kartun"
*Habis la laki aku nanti..padan muka ! haha*



Tak kisah la orang nak cakap macam budak budak ke hape. Yang penting aku suka tengok dan tak kacau orang.



*bole stop muzik belah kanan tu kalau nak play vd..trimas.*



*********************


Oh ye, 
Again.
Lagi gambar comel by Hafiz Dahlan
:)










Tuesday, September 20, 2011

::ENTAH::


Umi:
Semangat nak mintak tukar balik kerja Terengganu.
Dah penat kerja KL katanya.


Abah:
Baru naik pangkat *alhamdulillah*. Tapi, masih menunggu status kot kot kena tukar pergi mana mana. abah mintak kekal sini. Tapi entah la. Doa je...


Aku + adik:
Nak stay KL.


Abah cakap:
"Takpe la, akak duduk je la kat KL. Rumah kan ada."
Memang la rumah ade. Tapi...........


"Umi nak tukar sebab dia dah penat. kalau kerja kampung rilex sikit. Takpe la, lepas tu tukar balik KL semula"


entah la....




Friday, September 16, 2011

::16 SEPT::


Esok:

"Menjunjung Kasih Tuanku"






'Semoga dipermudahkan segala urusan.'

InsyaAllah..
Amin.
:)



Thursday, September 15, 2011

::PRE CONVO::




Dah sampai Terengganu.
Alhamdulillah..


 Malam semalam sampai la pagi tadi sakit kepala. dalam bas pun tak berapa nak boleh tidur. sangatttt sejuk !
Makanya bila dah sampai stesen bas, mengantuk pun dah tak boleh tahan,
Jadilah homeless..haha


 
 *Yang sebelah tu tak tahu sape*


 Jubah konvo da amik.
Mula mula masa daftar amik saiz S. Tapi disebabkan ade kesilapan teknikal yang boleh membuatkan hati meronta ronta, aku kena amik saiz L..cehh.


Tapi selamat la ade sorang kawan aku ni die kira tinggi sikit. So bila amik saiz S, jadi la singkat yang amat. 
Sekarang, aku dapat saiz S, dia amik saiz L..hehe


Kejap lagi pukul 2 ada raptai..lepas tu amik gambar pre-convo. yeayyy !
:)


*Muka mintak penampar*



P/S:
Jumpa ramaiiiiiii kawan..hehe




Tuesday, September 13, 2011

...




Rasa 'macam macam'
Nak marah, nak merajuk dengan sebab yang tak boleh diceritakan. 
Tapi bila balik rumah, 
masuk je bilik dan nampak 'kad' tu,

 
jadi kurang.


Tarik nafassssss 

 
*Gemok gila*



P/S:
Aku rasa blog ni makin lama makin entah pape.
makin mengarut pun ade.






KAWAN- 1



Ada sorang kawan namanya Salim.
Beliau seorang yang pemalu, tapi dengan perempuan je kot
*aku harap aku boleh hilangkan malu die tu..haha*


Salim cakap,
- Aku kena makan 'ubat'
- Kena berdikari sebab aku dah tua.
- Aku balik rumah bukan buat ape pun, online 24 jam.
- Nak kerja tapi malas.


Haha..ape ape je la.
Tapi yang penting, terima kasih sebab teman aku tunggu komuter tadi.
Aku bukannya tak reti naik komuter..reti je.
Cuma aku tak tau bape lama masa perjalanan *nak bajet masa sampai rumah* + aku tak tau yang aku kena tunggu kat seberang komuter tu ke atau tak payah naik jejantas tu..hehe



P/S:
Thanks untuk Balap jugak sebab teman same..*mula mula aku ingat balapan ke ape..hehe*