Google+ Followers

KORANG KAWAN AKU

Thursday, May 5, 2011

::SEMUANYA HABIS ! oh ohhh::


MAKA DENGAN INI DIISYTIHARKAN:

NURUL FARHANAH BINTI MOHD YUSOF
NO MATRIX: 022770
KOS: IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN

TELAH TAMAT PENGAJIAAN NYA DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN SELAMA 4 TAHUN 10 SEM.

fullstop.


Hahahaha..alhamdulillah semuanya dah selesai.
baru je habis paper terakhir, Strategic Management.
sekarang dalam lab komputer sambil tunggu nak jamuan dengan mentor *bab bab makan memang gua suka..hahaha*
petang ni pualk nak hantar borang graduation pe sume.
lepas tu pergi stable kuda.
malam ni makan lagi.
esok bbq..hehee



P/S: 10 sem?? hehe..including short sem la :)


Monday, May 2, 2011

::BENTUK ITU ABSTRAK::


Kenapa tetibe bentuk tu boleh datang sekarang selepas lama dia hilang.
Lama aku fikir.
Tapi aku tak jumpa jawapan.

Sangat pelik !
Ahhhh, banyaknyeee benda.
Main perasaan betul la.

Ya Allah,
Tolong hilangkan bentuk itu.
Tolong tolong dan tolong.
Tolong biarkan bentuk itu kembali asal.
Kembali normal.



P/S: Rasa macam nak duduk dekat satu ceruk dan menangis sorang diri. Ohh, tak payah la nuyu. baik kau pergi jalan lihat alam. sekurangnya bila kau dapat jawapan bentuk tu, hati kau akan tenang..baiklah, terima kasih.


Sunday, May 1, 2011

::BILA OYEN BERPERASAAN TERHADAP AKU::



Untuk perhatian:
Ini ialah entry untuk memujuk dan entry ini berwarna oren disebabkan oyen itu oren
. sekian terima kasih


[ Ini Bukan Monolog ]

"Oyennnnnnnnnnnnnnnn !"
" eh, jangan nakal sangat bole tak?"

" jangan main lompat lompat kat tingkap bole tak? jatuh ko nanti"
" adesss, jangan gigit kaki la..sakit tahu tak"

" jangan gigit kertas bole tak? "
" apela buas sangat ko malam ni ha"


Tiba tiba oyen lari laju laju mengalahkan watson nyambek,
bummm ! *yang ni aku tak pasti pulak bunyi die macam mane..haha*
dia pergi lompat naik atas katil dengan aksi yang rakus gile. Oke, masa ni tahap kebaikan yang memang menjadi lagenda tu dah bertukar menjadi kemarahan. pa lagi bro, aku pegi amik si oyen tu, amik blanket die gulung gulung dia dalam tu macam roti gulung. lepas tu "pup pup pup" kena pukul.*ni pun aku tak sure bunyi cane*. Untuk perhatian lagi, aku tak pernah lagi buat dia macam
ni

[ lebih kurang gini la masa kena bungkus tu ]
.



Lepas je kena pukul tu, aku dah faham sangat perangai dia. mesti merajuk punya la. duduk kat ceruk dinding sekor sekor. tapi kan, aku ingat ke kali ni merajuk dia tu macam biasa je. rupanya terbawak bawak.


Memang tak main langsung dah lepas tu. aku dengan roommate aku panggil pun tanak nyahut.
"oh broo, ko pandang aku sebelah mata pun tanak kan"
duduk la dia sorang diri sambil buat muka kesian sampai aku rasa bersalah. baiklah oyen, mintak maaf. kau tu yang nakal sangat.

Soryyyyyyy

*sambil pandang muka buat kesian oyen..kita bako je*