Dulu,
Saya nak cepat-cepat jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit  tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
    
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi  mana-mana saya suka
Boleh bercinta
Boleh balik rumah lewat malam
Banyak  benda lah boleh buat kalau dah besar ni.
 
Lama-lama,
Baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon,  tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang  masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh  mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.
  
Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan  sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan  budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat  Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau  pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada  halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor  Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasal forensic  evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer  sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat  assignments dan macam-macam.
  
Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena  professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari  masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak  pakai duit
 Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan  sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena  kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena  berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la  kena,kena,kena,kena,kena dan kena..
  
Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.
 
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia  mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung  dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai  Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau  kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami  bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada  orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah  Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan  maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah  rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami  untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah  Al-Baqarah; 286).
  *from iluvislam.com*

 
P/S: ANDAI MASA DAPAT DIUNDUR. namun tiada siap terdaya. aku rindu zaman kanak kanak, zaman riang gumbira bermain tanpa kenal erti penat :(