Google+ Followers

KORANG KAWAN AKU

Saturday, November 5, 2011

::SELAMAT KORBAN !::



Assalamualaikum.


Alhamdulillah da selamat sampai kampung tercinta a.k.a tempat aku dilahirkan, Jertih, Terengganu setelah lebih kurang 10 jam perjalanan..Standard biasa perjalanan dalam 7 jam tapi disebabkan musim perayaan, sendiri faham je la jem dia yang mengalahkan jem kat KL.


Sekarang baru pukul 9.02 malam. Tersangat la awal lagi.
Tapi nampaknya abah, umi, nanan dan wewek semua dah berada di alam mimpi masing masing.


Sepupu sepupu pulak ada yang main bunga api,
yang kanak2 seronok berkejaran *aku rasa macam nak pergi join je..bila lagi nak merasa awet muda. haha*
plus ada jugak yang akan sampai kejap lagi.


Dan,
sekarang dah 9.08 malam, dah menguap.
Penat macam orang yang bawak kereta walaupun aku hanya duduk sambil mulut pot pet tak berhenti. Langsung tak tidur sepanjang perjalanan kot..
Terbaik lah farhanah kali ni ! haha


Baiklah,  akhir kata,
Salam Aidiladha 1432H.
Semoga ibadah korban dan ibadah kita keseluruhannya di berkati dan diredhai oleh Allah S.W.T
Maaf Zahir dan Batin
:)


Eh kejap2,
buat kawan baik, saya rindu awak.
kata kawan baik..mesti la saling rindu merindu..haha. Selamat berkorban ^^


Sekian.



P/S:
Tadi dengar takbir. Tiba tiba rasa sayu yang amat..sangat menusuk.



No comments: