Sunday, May 2, 2010
::cuti bermulaaa::
iyee, seperti tajuk entry diatas
cuti semester bagi siswa/wi sudahpun bermula..
2 bulan dan ianya sangat lama.
sempat la bagi sesape yang nak membina lomak, membuang lomak pe sume
hahaa
okey,
aku tak de la cuti 2 bulan macam kawan kawan yang len.
sebab 1hb 6 da kena lapor diri praktikal..
PERASAAN?
urm,
agak terujaaaa
tapi......
agak mendebarkan la jugak sebab sebelum ni masa belajar just teori je sume.
then ni nak kne praktik betul betul
ape punnn,
tungguuuuuuu ^^
Thursday, April 1, 2010
::soryyyyy naik lori::
aku ade 1 lagu nak ditujukan pada korang:
"i am sorry
emak masak curry
adik goyang kaki
ayah cari bini *bukan ayah aku*
bini ayah chantik
macam bulu itik...muahahaa"
"i am sorry
emak masak curry
adik goyang kaki
ayah cari bini *bukan ayah aku*
bini ayah chantik
macam bulu itik...muahahaa"
sOoRrryyyyy......
sebab lama tak update.
sangat sangat dan sangat busy sampai rasa nak jerit jerit + pengsan..hohoh
final exam is around da corner..lagi 18hari.
tapi esaimen dan presentation still lagi bertimbun timbun..
apepun kawan kawan,
kita MESTI KUAT untuk hidup dan untuk berjaya.
JANGAN MUDAH PUTUS ASA..
kalau ade problem yang rasa tak dapat nak settle sendiri, try share dengan kengkawan..mana tau dorang bole tolong.
paling penting, kita ada ALLAH yang sentiasa melindungi hambaNYA.
ape pun, chill k..
love u all :D
Saturday, February 13, 2010
SENYAP BUKAN BEERTI KALAH..durrhhh!
DIAM DIAM UBI BERISI
BISING BISING UBI TAK BERISI
SENYAP SENYAP MANUSIA ITU SABAR
BISING BISING MANUSIA ITU MULUT LESER
haa? perumpamaan ape pon aku tak tau..hahaa
bukan ape, aku ade terbaca kata kata ni. lebih kurang gini la die cakap,
dikala kamu dirundung kesepian, kemarahan..
hendaklah kamu mendiamkan diri.
aku pun pelik gak la lepas baca tu..
and now aku tau dan FAHAM maksud die:-
Kata kata dan dikeluarkan tatkala kita tengah marah menunjukkan
SIKAP kita yang SEBENAR!
*kalau yang hipokrit yang bukan main depan baik belakang jahat tu, nampak la sangat sikap die yang sebeno..hoho*

Diam ketika kita tengah marah ia akan menguji sejauh mana kita bersabar.
*bersabar itu separuh daripada iman*
Kalau kita tengah marah mesti perkataan kesat je kuar kan.
so, tak ke rasa free free dapat dosa.
bukannya kita kalah kalau diam ni..nampak bodoh? tidak sama sekali.
kerana apa? kerana kita telah berjaya mengawal NAFSU AMARAH dan godaan syaitooonnnnn.
moral of the story:
buat biase je la kot. pura pura tak tau walaupun ko tau.
diam itu lebih baik..bersabar itu separuh daripada iman.
buat biase je la kot. pura pura tak tau walaupun ko tau.
diam itu lebih baik..bersabar itu separuh daripada iman.
Monday, January 25, 2010
Saturday, January 16, 2010
::LELAKI DAN BOLA..ade komen?::
Hai hai haiii..
kalau dulu aku ade cite pasal perempuan dan beli belahnya kan.
kali ni kita cakap pasal kaum lelaki pulak.
bila orang sebut lelaki ni, sukan die macam sinonim je dengan bola.
bak kata iklan coca cola,
MAKAN BOLA, TIDO BOLA, MINUM COCA COLA
tido tak lena mandi pun tak basah..hahahhh
yang dah fanatik sangat tu lagi laaa, duduk depan TV 24jam nak tengok bola.
alkisahnya begini,
kawan aku ni a.k.a classmate la..
time tu first presentation kitorang subjek AUDIT.
kawan aku tu presenter yang pertama..
dengan tahap confident level yang tinggi die pun present la..
memang bagos ah..sampai la terkeluar ayat ni,
"kita ni kalau nak fikir, kena la fikir diluar KOTAK PENALTI!!"
hahaha..mau nya terburai gelak satu kelas.
semalam tengok bola ke cik abang oii??
haha..
tapi ok la, then sambung balik dan kitorg sume have fun..
^^
Wednesday, January 13, 2010
::TERKADANG::
TERKADANG,
pena yang berbicara lebih lantang berbanding lidah yang berkata kata.
TERKADANG,
pena yang menulis lebih lancang berbanding lidah yang mengutara.untuk apa kau pena?
sekadar luahan di pinggiran?
takut untuk berkata kata?
atau hanya sekadar provokasi persembunyian?
kasihan kau pena. bermacam kata dilontarkan.
salah membawa erti.
salah mengutara pendapat.
juga salah cara kata kata.
tidak usah kau pena,
kerana terkadang lidah lebih membawa makna.
renung renungkan dan selamat beramal
(^^)v
Sunday, January 3, 2010
::DIA::
Semakin dekat kita padaNYA,
Semakin DIA menyanyangi kita
Perjalanan kehidupan yang semakin lancar,
juga bait patah perkataan..
Alhamdulillah..

- kurniakanlah kami hidayahMU Ya Allah, lancarkan perjalanan kami,
letakkan kami dikalangan mereka yang beriman, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada kami umat islam..amin -
Semakin DIA menyanyangi kita
Perjalanan kehidupan yang semakin lancar,
juga bait patah perkataan..
Alhamdulillah..

- kurniakanlah kami hidayahMU Ya Allah, lancarkan perjalanan kami,
letakkan kami dikalangan mereka yang beriman, berikanlah kejayaan yang cemerlang kepada kami umat islam..amin -
Subscribe to:
Posts (Atom)