KORANG KAWAN AKU

Friday, September 11, 2009

korang dah ada baju raya ke?


Setiap kali tiba musim perayaan,
soalan yang biasa diajukan mesti ni:
uhuk3

dah beli baju raya?
tema warna ape tahun ni?
buat ke beli?


Aku? attention pleaseee,
Takde baju raya lagi..hahaha


Nak kata tak cari dah dua malam keluar sebab cari benda alah ni.
sampai balik pukul 12 malam tu.
kalau kat umah buat gini confirm kena belebel gile2 dengan ayah aku.

mane tak nya,

Aku kan POMPUAN MELAYU TERAKHIR,
Photobucket
takde makna la nak kuar lewat malam ni.

*hahaa..korang ni! sekali sekala bagi la aku peluang nak perasan :p*





Maka dengan ini,
TO ABAH:
nanti akak balik kolumpo jom kita keluar carik baju raya. kalau tak nanti akak tanak raya. *boleh ke gitu? hoho*



p/s: sepatutnya dah janji ngan abang aku die yang kena teman. tiba tiba buat hal la pulak..nak balik ganu awal. sekeh laju laju kang...
Photobucket


Wednesday, August 26, 2009

::untuk seketika dan mungkin lama::




Ku lihat....
ku renung....

Untuk seketika dan mungkin lama
aku terlupa
akan kehidupan itu, perjuangan itu
dan saat saat yang pernah aku lalui
dek dunia kejam, momok, terobos

untuk seketika dan mungkin lama
aku terkapai kapai
hilang dibawa arus, mengongoi sendirian
mencari diri
megharap kasihmu kasihMU
ingin ku kembali padamu padaMU
aku yang jauh darimu dariMU


~YANG MAHA ESA, NAIM LILBANAT~



Saturday, August 22, 2009

::kuasa melantak yang hebat..jeng3::


Dengan ini, beta dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim

mengisytiharkan esok puasa!!!
horeyyy..akhirnya saat ini sudah tiba.
tapi lain pulak bagi adik aku,
"esok pose ek? cam tak caye je"

***********************


Orang cakap, sebelum puasa ni kita kena makan banyak banyak..
mana la tau kan kot kot mengidam masa tengah puasa.
termasuklah aku,
tak tau oh nape hari ni rasa macam banyak gila benda nak makan:

first masa tengahari tadi..
duk tengah online tetiba rasa nak makan kek.
aku pun punya la geledah almari makanan, peti ais, bukak saji tapi tak jumpa..
dalam hati cakap, donut pun takpe laa..
bukan setakat donut, ape pun tarak! sume aku dah sumbat sebelum ni.


last2 nak tau ape aku buat?? hehe..

sebab teringin sangat aku pun amik la serbuk milo tu ratah gitu je..
sampai la hilang mengidam :p
*tak lama lepas tu mak aku bawak balik eskrim. banyak gila makan :D*


malam ni pulak ingatkan nak kuar cari baju raya..dengan abang n adik.
bukannya baju raya yang kitorang cari.
pergi melangkah kat makanan pulak..
beli beli bawak balik umah.
malam ni saja makan banyak gilaaaaaaaa


*adik aku hasut suh beli*


*taraaa, dah tertunai hajat*


*daging itik madu: ni adik aku hasut suh beli jugak*

lagi + nasi minyak + air mangga..


bapak banyak makan! yang tak tahan sebab kitorang 3 orang je yang ngap. buat gini dalam seminggu confirm jadik belon
muahahaa :))

tapi bak kata adik aku:
SETAHUN HANYA SEKALI..*die tiro lagu raya tu*

ape punya setahun! padahal selalu je makan banyak.
pigidahhhh...

pagi esok kita bangun makan lagi yepp..
haip haip, untuk sahur. daku tak ponteng! haha
jom sahur :)


*siang tadi da makan nasi. siap bertambah*



Tuesday, August 18, 2009

::entri kali ni adalah baik sket..hehe::


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..


hehe..panjang sket kali ni
sehat ke semua? sehatt cikguuuu......harap gitu la yer.
semoga kita dijauhkan dari virus H1N1 yang kian menular :)

InsyaAllah, kalau takde aral melintang, sabtu ni kita pose dah..
Tak sangka kan..rasa kejap je.
paling penting, aku pun sempat la jugak merasa pose kat umah sehari sebelum balik U :)

Bulan Ramadhan ni adalah bulan yang suci..
dan kita sebagai umat islam digalakkan untuk beramal bagi memperoleh keberkatan hidup di dunia dan akhirat kelak..
banyakkan berdoa, berzikir, sunat tarawih, dah menjadi amalan biasa bila datangnya bulan Ramadhan..

dan kepada student,
masa ni la kita boleh bangun malam..
buat qiamulai ke, then kita study..hehe

Apepun,
tak sabar nak tunggu bulan pose datang..

suasana die ni yang lain sikit..
suasana berpuasa
suasana menahan lapar dan godaan
suasana beli lauk bukak pose
paling penting, suasana bukak pose ramai ramai....haaa, ni yang paling best..






..SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA..
selamat menunaikan ibadah




Thursday, July 30, 2009

::cerita yang tak tau best ke tak :p ::


CERITA SATU:


kenapa lama tak hapdet? seminggu kot. sebab:
sangat sibuk.

esaimen banyak!

persatuan banyak!
takde masa.
broadband lembab sebab duk kat blok ceruk dunia.

ohooo, ini ialah antara sebab sebabnya..
lagi alasan??
maap kan daku :(




CERITA DUA:


*Aku dah delete..hehe*

CERITA TIGA:


Company law pulak. pertengahan kelas budak budak ni pasing gula gula.
first tengok kotak gula gula,


N: ehh, ni masa kecik lagi ade!
N: selalu makan ni masa kecik. die ade empat kan..hihi

oleh sebab terlalu teruja sebab lama tak tengok kotak sweets ni, aku pun lukis la...


4 bulat: konon konon cam ade 4 gula gula la. dan kedudukan die akan jadi gitu bila die berada di kedudukan terletak gitu.


pastu aku pun cite la dekat kak linda. die duk sebelah aku masa ni *lec tengah ngajar kat depan*

N: nah coklat..ade 4 biji lagi. die duduk elok lagi. amik la :)

hahaha..sebab ayat dan lukisan kotak ni je dah sebabkan aku dan kak linda ketawa gila tak boleh nak kawal.
dah la duk depan sekali! depan lecture pulak tu.
nak gelak pun tutup mulut ngan buku, ngan tisu.


sebab tak tahan sangat nak gelak aku lari keluar pergi tandas. lepas gelak kuat kuat lam tandas.
sampai habis kelas pun tak habis nak gelak..*bagi aku lawak..hihii*


CERITA EMPAT:

esok malam ade interview pengambilan baru ahli kelab UDMEC (UNIVERSITI DARUL IMAN EQUESTRIAB CLUB) .

aku salah sorang dari interviewer die. dan yang bestnya ialah, jeng jeng jeng....

sume ahli baru ialah lelaki! hahaha..*mereng suda tiba*


malam ni pulak baru dikeluarkan senarai nama sape yang layak untuk di interview.


1: alaaa saya tertido la kak. tak sempat nak hantar borang. ruginyaaaa

2: oh kak, saya dah cari merata rata senarai ni. rupanya kat sini..

3: pastikan orang dapat masuk ek.hehehe

4: seluruh board saya cari ni. ok kak, kalau dapat saya belanja tau. nak ape? mocha? *hoho..takpe takpe. nanti orang fikir suh belanja ape :p*


saya adalah jujur ok. muahaha :))


CERITA LIMA:

wahhh, nampaknya sangat panjang menaip ini malam.
mentang mentang dah lama tak hapdet. 

 
semoga mata kawan kawan tak berpinar pinar untuk membacanya.hehe..

okey. tata
nyte
.........


Saturday, July 18, 2009

::sick::


now,
injured
sakit sket kat bahagian pinggang



rest untuk seketika
tapi cikgu cakap yang stamina still nak kena jaga.
"awak nak kena selalu jogging"

tapi everything's fine,
takde sakit teruk pun
:)



Tuesday, July 7, 2009

::suatu hari yang memenatkan::


Alhamdulillah..selamat suda tiba di udm, di hostel baru, di apartment baru.
long journey. sangat letih ma ini hari..
dalam pukul,

5: sampai bus stand.
6: sampai udm. *6 lebih. semayang then rest sket.*
9: amik kunci bilik kat pejabat asrama.
9: pastu g blok lama sebab nak amik barang yang bertan tan beratnya. huh! sangat berat oh..kalau la ade skandal kat udm ni, mesti bole mintak tolong suh angkut barang same..hahaha

10:
masuk bilik dan mula mengemas. sapu, panjat, buang debu..dan yang paling penting, mop satu umah! ciri ciri housemate yang bagus.haha..bajet je minah ni :p



**ni my room. agak besoooo dan selesa..hoho. meja n katil aku tempat yang nyala lampu tuh. sebelah tu romate yang tak datang lagi. barang tu?? sume aku punya..hihii**


2: baru siap kemas. so tired.........
3: lepas mandi pe sume, hehe..masa yang ditunggu tunggu...tido! charge energy tuk kuda petang nanti..still kena pergi even penat gile.
5: ke stable kuda.
9: kuar pulak beli barang. masa ni baru dapat makan.
lapo sangat sangat oh! kalau kat umah, cakap je lapa mesti dapat makanan tros..nak balikkkkkkkkkk *homesick bakal tiba*

11: sampai bilik. oh, romate baru sampai. tak bape kenal lagi..tapi curik curik dengar da bertunang.hehe


**note board yang tak sempat siap lagi. tak tampal ape pun lagi. tapi, gambar umi ngn abah zaman muda dulu tetap ade. hehe..windu. oh, yang biru tu kuda punya :)**


satu hari yang meletihkan.
now, sangat sakit tulang, sakit orat..macam orang tua.
okey la ye kawan kawan, nak tido dah.
esok kelas pukul 8 pagi...


gud nyte sume..
sweet dreamz & sleep tight
salam.