Google+ Followers

KORANG KAWAN AKU

Friday, September 30, 2011

::JOGGING SAMPAI LEBAM::



Assalamualaikum.

Pagi tadi aku bangun awal dengan semangat yang waja sebab nak pergi jogging.
Tak jauh pun. Kat tasik titiwangsa tepi rumah aku ni je.


Kali ni pergi dengan abah. dan biasanya abah akan jogging sampai 3 pusingan lepas tu bersenam sikit dan barulah balik.
Aku pulak, hehee...... :p


N: Bah, kalau ikut satu pusingan ni berapa kilo?
(kilometer ! bukan kilo jual ikan)
A: Dalam 2.4 km
N: Abah nak buat 3 round la ni?
A: A'aa, macam biasa. Akak?
N: Akak rasa nak buat 1 pusingan je. sebab lepas tu nak pergi jalan kat dalam ni pulak.
A: Sikit sangat tu.
N: Alaa.., biasanya lepas lari 1 pusingan akak dah penat lepas tu rasa macam malas nak ulang dah.
A: Ni la dia, ketahanan mental lemah ! Tak bersemangat !
N: Eh ape pulak..
*hambik ko, sebijik kena atas muka ! hahaha*



Lepas kena sebijik atas muka tu aku cuba la cabar diri aku untuk lebih dari 1 pusingan.
Awal awal ingat nak lari terus..tapi abah suruh jalan je. Jalan pun dengan kadar yang laju la.
Tapiiiiii,
even jalan laju pun aku tetap kena tinggal kat belakang.
Makin lama makin jauh..cehhh
*Adakah golongan umur sebegini memang jalan cepat atau mereka punyai kaki yang panjang atau aku sebenarnya yang tak layak untuk masuk sukan komenwel dalam acara 'lumba jalan kaki'?? grrr..*



Masuk round ke-2 aku dah start lari.

N: Babai bah, akak lari dulu. Apa apa tepon.
*bajet power sebab boleh pecut abah*

 .
.
.
.

And finally, 
I've made it !
2.4km tanpa henti !
Peduli la korang nak cakap "2.4km je pun..aku boleh buat lebih tak kecoh pun.."
Yang penting aku berjaya cabar diri aku sebab dah lama tak lari..haha
*hidung harusla kembangkempis*


Tapiiiiiiiiiiii
yang tak bestnya,
lepas je berhenti lari tuuuuuu, Ya Allah tuhan je la yang tau.
Serius tak nampak ape. 
Kepala dah pusing, pandangan da berbalam balam je, nak bernafas pun susah. nak pengsan !
Cepat cepat tarik nafas..pun tak jadi jugak. serius nak jatuh.
Jalan cepat cepat.
Cari port yang ada makcik makcik sebab kalau aku pengsan abah tak jumpa cari, makcik tu ade untuk perasan.
Pegang tiang.
Jatuh.


Selang berapa minit lepas tu aku nampak abah. Syukur gila rasa masa tu..Alhamdulillah.
Jerit panggil abah. tapi abah tak dengar. Aku nak jerit pun tak larat.
Usaha bangun cepat cepat.
Then abah perasan.
Mintak kunci kereta sebab nak rehat.



Tapi takde la rehat sangat pun lepas tu.
Duduk sorang sorang tengok orang jalan sambil kadangkala ditegur oleh pakcik pakcik dan kaum remaja.
hehe :p


Alkisah disebalik tu, 
masa tengah lari tu pun aku dah rasa kaki macam sakit je, dan ada penat sikit.
Tapi berkeras tak nak berhenti.


Ok dah. tu je kali ni. aku tengah penat.


..............................

*titiwangsa* ;









(Best picture yang sempat tangkap untuk hari ni)



(abah)







P/S:
Mesej yang nak dihantar pada sorang kawan masa berhenti lari tu..Tapi tak terhantar sebab tak larat.
"Yes, 2.4km tanpa henti..Aaaa ya Allah, skarang rasa nak pengsan"

4 comments:

Anonymous said...

huhu.. klu k.long.. agaknye trus angkut hntr hospital kat sblh libry 2.. kui2... da lame gak x jog nie..

Nuyu Yusof said...

haha..tp senanye takde la penat sgt ms lari tu..cuma hujung2 je dah rasa + x paham kenapa bole sampai gitu skali :p

Jom jog kak long..hehe

Anonymous said...

alahai anaa...jogging pakai ksut pe tuhh?? hehehe

Nuyu Yusof said...

kasut getah..senang nak sauk :p